Bab terbaru Black Clover minggu ini agak ringkas di mana Yuki Tabata sedang menetapkan perlawanan diantara Black Bull bersama Paladin Damnatio di Witch Forest dan Yami akan menentang Morgen di Clover Kingdom.
Minggu lepas, kita telah melihat Paladin Damnatio datang ke Witch Forest bagi mengganggu upacara membawa Asta pulang ke Clover Kingdom. Memandangkan dia kini telah menjadi Paladin dan berpihak kepada Lucius, sudah pasti seluruh pasukan Black Bull akan mengalahkannya supaya dapat membawa Asta pulang.
Yami vs Morgen

Morgen mengajak Yami bagi menjadi Paladin dengan mengajaknya untuk melindungi kingdom itu sama-sama sekali lagi, sama seperti apa yang mereka berdua buat semasa di dalam Gray Deer. Nasib baik si Yami ini seorang yang keras kepala dan berpendirian tetap.
Yami menolak lamaran tersebut dengan mengatakan, kita bukan lagi di dalam pasukan yang sama. Yami kini mempunyai Black Bull dan orang yang mendorongnya menjadi kapten adalah Morgen itu sendiri kerana Yami mempunyai mata yang istimewa.
Black Bull vs Paladin Damnatio

Paladin Damnatio tiba di Witch Forest dan ramai penduduk sedang mempertahankan kampung mereka dengan menyerangnya. Namun, Damnatio telah membuka Scale Magic: Scale Dominate, semua serangan yang dilakukan penduduk Witch Forest tadi boleh dipadam dan mematahkan balik serangan.
Selepas melihat istana Witch Forest, Damnatio tidak teragak-agak untuk menyerang istana tersebut bagi menghentikan upacara Door of Fate. Nasib baik, pasukan Black Bull sempat mematahkan balik serangan tersebut ke Damnatio. Alang-alang Damnatio nak sangat lawan, satu pasukan Black Bull muncul dan bersedia untuk mengalahkannya.

Panel terakhir manga Black Clover minggu ini memperlihatkan pasukan Black Bull yang siap sedia untuk melawan Paladin Damnatio.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post