Anthem, percaya atau tidak, sepatutnya mempunyai kitaran hidup selama 10 tahun selepas pelancarannya. Namun demikian, dengan masalah sistematik dalam game, kekurangan komunikasi dan asas pemain yang semakin berkurangan, nampaknya niat mereka untuk terus berkembang kelihatan kabur. Tambahan pula, terdapat khabar baru-baru ini mengenai pasukan pembangunan utama yang telah tinggalkan projek tersebut.
We aren't working on Dragon Age 3
We aren't working on Dragon Age 5
…
I guess that's that.— Mark Darrah (@BioMarkDarrah) May 1, 2019
Tiga ahli utama pasukan pembangunan Anthem telah berhenti daripada bekerja untuk projek itu, termasuk Pengarah Eksekutif Mark Darrah, Pengarah Utama, Michael Gamble, dan Jonathan Warner. Menurut tweet baru-baru ini dari Mark Darrah, sebab berlakunya reshuffle ini adalah kerana mereka akan lebih memfokuskan Dragon Age 4.

Apabila ditanya peminat tentang kepada siapakah komuniti Anthem harus menanyakan soalan dan berikan pendapat, Michael Gamble mengesahkan bahawa pengeluar utama Ben Irving dan ketua perkhidmatan langsung, Chad Robertson kini akan menjadi peneraju dalam kitaran selepas pelancaran permainan itu, dan diharapkan agar mereka dapat mengarahkannya menjadi masa depan yang lebih cerah daripada tempoh pelancarannya yang agak teruk itu.
Dragon Age 4 yang sedang dalam pembangunan pula dilaporkan mempunyai masalah yang sama apabila para pembangun untuk game tersebut masih tidak mempunyai hala tuju yang tetap, sama ada mahu kekalkan ia sebagai single-player game atau dalam talian. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat penuh mengenai game tersebut jadi, kita hanya boleh harapkan yang terbaik dari BioWare dan juga semoga Anthem boleh diperbaiki dengan lebih baik!
Sumber: Games Radar
@gamersantaimy
Discussion about this post