3 watak perempuan akan berganding bahu untuk membawa perwatakan superhero mereka di dalam satu filem iaitu The Marvels yang akan ditayangkan pada 9 November 2023 di Malaysia. Oleh itu, kami ingin mengongsikan sedikit pengenalan biodata untuk ketiga-tiga watak The Marvels iaitu Captain Marvel, Ms. Marvel dan Monica Rambeau.
Mari kita mulakan dengan biodata ketua The Marvels, Captain Marvel terlebih dahulu.
Captain Marvel/Carol Danvers

Carol Susan Jane Danvers telah pun dilahirkan pada era 60-an. Disebabkan jantinanya perempuan, dia tidak dilayan seperti adik-beradik lelakinya yang lain. Disebabkan itu, hubungan dia bersama ibu bapanya renggang. Dia hanya rapat bersama abangnya iaitu Steve Danvers. Sejak kecil, dia bercita-cita menjadi seorang juruterbang.
Semasa dia berumur 18 tahun, dia telah menyertai United States Air Force Academy selepas berjaya melepasi ujian fizikal. Bermulalah perjalanan Carol Danvers sebagai seorang tentera. Di sana, dia telah diletakkan dengan rakan sebilik yang bernama Maria Rambeau. Sejak itu, mereka berdua menjadi kawan baik.
Mereka berdua banyak meluangkan masa bersama, belajar dan berlatih sehingga dapat menjadi juruterbang yang hebat. Selepas itu, mereka berdua dapat tawaran untuk menjadi juruterbang ujian untuk projek P.E.G.A.S.U.S, sebuah projek sains bersama diantara Air Force, SHIELD dan juga NASA. Projek ini dikendalikan oleh seorang saintis tentera iaitu Doctor Wendy Lawson.

Pada suatu hari, Wendy Lawson berasa resah dan mengatakan yang dia mempunyai nyawa untuk diselamatkan. Lalu, dia terus pergi menaiki kapal Asis. Carol terus menawarkan diri untuk memandu kapal tersebut dan pergi bersama Lawson. Elok sahaja terbang ke udara, Lawson memberikan koordinat makmalnya kepada Carol.
Namun, sewaktu dia terbang pergi ke koordinat yang ditetapkan, kapal mereka telah diekori oleh sebuah kapal yang tidak dikenali. Lawson berasa sangat takut dan mengarahkan Carol untuk keluar dari sana. Danver melalukan segala perkara untuk mengelak segala serangan dan berjaya membawanya ke belakang kapa pihak musuh. Sebelum dia dapat melepaskan tembakan ke kapal yang berada di hadapan, kapal pihak musuh itu melepaskan tembakan terlebih dahulu.

Disebabkan itu, kapal Asis telah menerima damage yang sangat banyak sehingga menyebabkan enjin kapal itu rosak. Malang sekali, fungsi kecemasan kapal tersebut tidak berfungsi dan Carol terpaksa mendaratkan kapal tersebut dan mereka terhempas berhampiran tasik.
Semasa kemalangan tersebut, Carol perasan yang darah Lawson berwarna biru dan Lawson memberitahu yang nama sebenarnya ialah Mar-Vell seorang saintis Kree yang berasal dari Hala.
Mar-Vell seterusnya mengatakan kepada Carol untuk mengingati koordinat yang diberikan dan menyelesaikan misinya. Saintis Kree ini mengeluarkan pistolnya tetapi dia telah dibunuh terlebih dahulu. Carol mengambil pistol tersebut untuk mempertahankan dirinya daripada Yon-Rogg.
Sementara Yon-Rogg ingin membunuh Carol, Mar-Vell menghalangnya dan memberitahu di mana “core yang dicari” itu berada di tengah-tengah enjin (light-Speed Engine). Tanpa ragu-ragu, Carol terus menembak enjin tersebut yang menyebabkan ledakan besar tenaga Tesseract keluar.

Tenaga tersebut diserap oleh Carol ke kod genetiknya dan meninggalkan kesan yang tinggi di tempat kejadian. Malang sekali, Carol tidak dapat bertahan dengan menyerap kuasa tersebut dan Yon-Rogg membawa Carol balik ke Hala. Di sana, Carol telah dihidupkan balik tetapi membuang segala ingatan masa silamnya.
Jadi, begitulah Carol Danvers mendapatkan kuasanya dan menjadi Captain Marvels.
Kuasa

Hybrid Physiology/Cosmic Enhancement
- Superhuman Strength
- Superhuman Durability
- Superhuman Speed
- Superhuman Agility
- Superhuman Stamina
- Superhuman Reflexes
- Regenerative Healing Factor
- Longevity
- Cosmic Energy Manipulation
- Energy Blast
- Flight
- Heat Generation
Ms. Marvel/Kamala Khan

Kamala Khan merupakan anak kedua kepada Muneeba dan Yusuf Khan. Dia telah dilahirkan di New Jersey. Semasa berada di sekolah, dia telah bertemu dengan seorang perempuan yang bernama Nakia Bahadir dan sejak itu, mereka berdua menjadi kawan baik. Selepas memasuki Second Grade, dia telah berkawan dengan Bruno Carrelli dan pernah jatuh ke dalam Sungai Hudson sebanyak 2 kali sepanjang berkawan dengannya.
Kamala adalah seorang peminat tegar kepada Avengers terutama sekali Captain Marvel sehingga dia menghias biliknya dengan poster dan pelbagai lagi yang bertemakan superhero tersebut. Dia juga telah membuat sebuah channel YouTube untuk bercerita tentang Avengers.

Selepas pulang dari sekolah, Kamala dan Bruno berjumpa untuk melihat hasil kostum Captain Marvel yang akan dipakai oleh Kamala semasa menghadiri AvengerCon di New Jersey. Walau bagaimanapun, dia masih memerlukan kebenaran daripada ibu bapanya sebelum pergi ke acara tersebut.
Semasa pulang ke rumah, dia melihat ibunya sedang mengemas barang-barang peninggalan neneknya. Kamala pun saja-saja melihat barang tersebut dan terjumpa satu Bangle unik yang menarik matanya. Malang sekali, ibunya terus merampas Bangle tersebut dan menyuruh abangnya simpan kotak itu di loteng rumahnya.

Pada malam tersebut, Kamala pun pergilah berbincang dengan ibubapanya untuk meminta izin pergi ke AvengerCon di New Jersey. Nasib tidak menyebelahinya kerana kedua-dua ibubapanya tidak mengizinkan dia pergi akan risau dengan keselamatan Kamala.
Selepas beberapa hari, Kamala berjumpa dengan Bruno dan memberitahu rancangan baharu untuk pergi ke AvengerCon di mana dia akan pergi keluar rumah melalui tingkap dan pergi ke sana menaiki basikal dan juga bas selepas makan malam bersama keluarganya.
Sebelum itu, Kamala pergi naik ke loteng dan mencari Bangle yang ditinggalkan oleh neneknya. Elok sahaja selepas makan malam, Bruno sampai dan Kamala pun keluar dari rumah pergi ke AvengerCon.

Ketika berada di AvengerCon, Kamala menukar pakaiannya dengan memakai kostum Captain Marvel untuk menyertai pertandingan cosplay superhero tersebut. Namun, apabila dia ingin memakai Bangle tersebut, ia langsung tidak muat. Tetapi apabila dia menaiki pentas, dia sedar bagaimana untuk memakai Bangle tersebut.
Elok saja memakai Bangle tersebut, dia secara tiba-tiba merasakan lonjakan tenaga menyerbu masuk ke dalam dirinya dan dibawa sebentar ke alam berwarna ungu dengan kehadiran orang misteri. Jadi, dengan menggunakan Bangle dari neneknya, dia telah mempunyai kuasa yang luar biasa.
Kuasa

Hybrid Physiology
- Light Manipulation
- Energy Constructs
- Elasticity
- Superhuman Strength
- Size Manipulation
- Superhuman Durability
- Platform Creation
- Enhanced Agility
- Elasticity
- Energy Constructs
Mutant Physiology
Bangle Capabilities
- Clairvoyance
Monica Rambeau

Monica Rambeau ialah anak kepada Maria Rambeau yang merupakan kawan baik kepada Carol Danvers. Sejak dia kecil, dia telah bertemu dengan Carol Danvers dan menjadi sangat rapat sehingga. Monica dipanggil “Lieutenant Trouble” dan Carol pula dipanggil “Auntie Carol”.
Monica sangat sedih selepas mengetahui kepergian Auntie Carol dalam nahas misteri. Walau bagaimanapun, dia tidak mempercayai yang Auntie Carolnya telah pergi buat selama-lamanya. Dia yakin yang Carol terselamat dari nahas tersebut dan akan kembali tidak lama lagi.

Pada tahun 1995, Carol kembali ke bumi dan berjumpa bersama Monica dan Maria Rambeau. Carol menceritakan kisahnya yang melibatkan “extraterrestrials shapeshifters”. Namun, Monica lebih kagum apabila Carol menunjukkan kuasanya dengan mendidihkan air dengan hanya sentuh cerek tersebut.
Sejak dari itu, dia telah bertemu telah bertemu dengan pelbagai makhluk dan orng hebat seperti Nick Fury, Goose dan Skrull. Monica juga telah mengubah reka bentuk dan warna kostum Captain Marvel mengikut t-shirt United State Air Force yang dipakai ketika itu.
Semasa dia menjadi dewasa, dia menyertai pasukan SWORD untuk menjadi agen di bawah pemerhatian ibunya. Namun, tidak lama selepas itu, ibunya didiagnosis menghidap kanser.

Pada tahun 2018, dia menemani ibunya ke hospital untuk menjalani pembedahan. Elok sahaja selesai pembedahan, Monica pergi melihat ibunya dan menemaninya sehingga tertidur di sebelah. Malangnya, dia adalah salah seorang yang telah hilang/mati disebabkan “Snap” oleh Thanos.
5 tahun kemudian, Monica kembali dan terus mencari ibunya. Pada awalnya, dia ingat dia hanya tidur lebih kurang 20 minit, tetapi rupa-rupanya 5 tahun dah dia hilang. Dia telah berjumpa dengan seorang doktor yang selamat daripada terkena Snap dan bertanyakan tentang ibunya. Doktor tersebut memberitahu yang ibunya telah pun pergi meninggalkan dunia pada tahun 2020 disebabkan komplikasi kanser.
Setelah kembali ke SWORD, dia ditugaskan untuk mencari orang hilang di Westview dan bertemu dengan seorang agen FBI iaitu Jimmy Woo.

Nak dipendekkan cerita, Monica sebenarnya telah memasuki The Hex itu beberapa kali. Untuk kali ketiga dia memasuki The Hex, dia mendapati dirinya dikelilingi oleh kuasa hebat Hex dan menarik badannya. Dengan menggunakan memori perjalanan dan hubungan bersama ibunya, Monica berjaya menyatukan semula badannya dan dapat menempuh rintangan serta menembusi ke seberang.
Disebabkan Monica telah melalui The Hex sebanyak 3 kali, DNAnya telah diubah dan dia mendapat kuasa hebat. Begitulah ceritanya bagaimana Monica Rambeau mendapatkan kuasa.
Kuasa

Enhanced Physiology
- Superhuman Reflexes
- Spectral Vision
- Energy Absorption
- Intangibility
Setakat ini, itu sahaja yang ingin kami kongsikan tentang biodata ketiga-tiga superhero yang akan muncul dalam filem The Marvels nanti.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post