Kick-Flight adalah permainan mobile action multiplayer yang dibangunkan oleh developer Drenge,Inc. Ia dijangka akan keluar pada lewat Januari ini untuk kedua-dua iOS dan Android di seluruh dunia dan telah mencapai pra-pendaftaran sebanyak 300,000 di Jepun.
Ia adalah permainan real-time battle arena yang berlangsung dalam udara di mana anda akan bermain sebagai salah satu daripada beberapa watak yang dikenali sebagai Kickers. Mereka dikawal melalui ‘swipe‘ dan ‘tap‘ ketika anda bertarung di langit, di mana anda dapat bergerak dengan bebas.
Pertempuran sebenarnya agak pendek, dalam sekitar 3 minit dan akan melihat pertarungan udara 4v4 di mana anda akan berlawan untuk membuktikan siapakah raja di langit. Ini bermakna anda perlu bekerjasama dengan rakan lain sebagai satu pasukan dan harus mempelajari lebih daripada satu watak supaya anda mempunyai skuad yang seimbang. Setiap Kicker mempunyai style mereka tersendiri dan kebolehan istimewa yang dapat diaktifkan dalam pertempuran agar pasukan kelebihan anda mempunyai kelebihan.
Seperti yang anda dapat lihat dari trailer di atas, ia mempunyai art-style anime yang cukup menarik dan pelbagai watak unik untuk dicuba. Walaupun gameplay yang kita lihat dalam trailer agak pendek dan terhad, ia kelihatan sangat seronok dan jika permainan sampai awal, ia boleh menjadi tambahan game multiplayer yang bagus dalam peranti anda.
Kick-Flight adalah game free-to-play yang boleh didapati untuk pra-pendaftaran sekarang di Google Play dan App Store.

@gamersantaimy
Discussion about this post