Acara terbaru dari PUBG MOBILE (PUBGM) iaitu Global Extreme Challenge akan datang gais! Untuk acara kali ini, PUBGM telah berhubung dengan influencer popular dari beberapa negara dan pemain boleh mengundi mereka menggunakan bunga di dalam permainan. Dengan itu akan memberi peluang pada influencer pilihan anda untuk untuk bertanding sebagai sebahagian daripada Pasukan Ultimate dalam Pertandingan Global Extreme Challenge Match.
PUBG MOBILE didasarkan pada PLAYERUNKNOWN’s BATTLEGROUNDS (PUBG), fenomena battle royale yang tulen yang membawa kegembiraan dalam dunia hiburan interaktif pada tahun 2017. Hingga 100 pemain terjun ke pulau-pulau terpencil untuk bertempur dalam pertarungan winner-takes-all. Pemain juga harus mencari senjata, kenderaan dan bekalan mereka, serta menewaskan setiap pemain di medan perang. Bukan hanya itu, pemain akan dimanjakan dengan visual yang kaya dan taktikal, serta kemudian pemain akan dipaksa memasuki zon permainan yang semakin sempit.
Tempoh pemilihan berlangsung dari 23 Jun hingga 6 Julai, 50% influencer teratas yang mendapat undian terbanyak akan dipilih ke dalam pasukan Ultimate. Dan lebih menarik, wakil untuk Malaysia adalah MasterRamen yang juga dikenali sebagai “Bapa Esports Malaysia!”.
Ini adalah 5 langkah mudah kepada pemain PUBGM untuk mengundi Influencer kegermaran mereka:
-
Langkah #1: Log masuk dalam permainan dan lihat ke bahagian “event/acara”;
- Langkah #2: Pilih bahagian “present” dibawah kanan pada paparan, kemudian pilih “Recommended Events”. Disitu anda akan melihat tetapan car dibahagian kanan untuk pilihan Ultimate Team dan pilih tetapan itu.
- Langkah #3: Pergi ke page “flower Shop”
- Langkah #4: Selesaikan misi harian anda atau beli “roses” dalam “shop”.
- Langkah #5: Berikan bunga rose kepada influencer kegemaran anda untuk meningkatkan populariti mereka. Setiap rose meningkatkan populariti mereka sebanyak 20 mata. Pemain juga memperoleh satu “heart” untuk setiap rose yang mereka berikan dan dapat mengumpulkan ganjaran yang sesuai apabila mereka mempunyai “heart yang mencukupi.
Pada akhir acara, 10 pemain teratas dalam Peringkat Global Heart Rankings akan mendapat ganjaran pek eksklusif dari PUBGM. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati akaun rasmi PUBG MOBILE di Facebook, Twitter, dan YouTube.

@gamersantaimy
Discussion about this post