Otsutsuki Urashiki telah menjadi tambahan yang misteri sejak diperkenalkan di Boruto: Naruto Next Generations. Salah satu anggota klan Otsutsuki, Urashiki menjadi antagonis utama di “time slip story arc” dan mempamerkan kekuatan dan kebolehan yang tinggi ketika bertarung dengan Boruto dan Naruto. Dalam episod terbaru, Urashiki akhirnya tewas berkat kerjasama Boruto dan Naruto. Tetapi ia bukan penamat kerana Urashiki mendedahkan satu bentuk yang menakutkan semasa episod 135.
https://twitter.com/Abdul_S17/status/1203646462585966592
Episod 135 melihat Urashiki di ambang kekalahan dan dia memutuskan untuk memakan mata Rinnegannya! Ini memberikan dia kuasa baru di mana dia berubah menjadi makhluk seperti burung dengan mata Rinnegan berwarna kuning. Transformasi baru ini memberikan Urashiki satu “power-up” besar dalam kekuatan dan kelajuan dan dia tidak lagi perlu menggunakan batang jorannya untuk mencuri chakra.
https://twitter.com/Abdul_S17/status/1203613128984006656
Walaupun Urashiki bertambah kuat, ia tidak bermakna dia tidak boleh dikalahkan. Boruto dan Naruto akhirnya menggunakan jutsu yang mereka berlatih bersama mereka untuk melakukan menewaskan Urashiki. Rasengan terbaru dalam siri ini berbeza dengan sedikit dengan Rasengan yang diperkenalkan dalam filem Boruto. Boruto bermula dengan menghasilkan Rasengan kecil. Sambil memegang tangan Boruto, Naruto kemudian menambah chakranya sendiri ke Rasengan tersebut, lalu membentuk Rasengan yang lebih besar.
https://twitter.com/Abdul_S17/status/1203618839675768834
@gamersantaimy
Discussion about this post