Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Belum Seminggu Lagi, Spider-Man Remastered PC Sudah Terima Banyak Mod Pelik!

Maira by Maira
August 16, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, Steam
0 0
0
Belum Seminggu Lagi, Spider-Man Remastered PC Sudah Terima Banyak Mod Pelik!
Share on FacebookShare on Twitter

Game Stray hari itu pun sudah banyak mod yang pelik-pelik, apatah lagi game Spider-Man versi PC. Tidak sampai seminggu lagi sudah macam-macam mod telah keluar. Ada yang nampak menarik dan sudah tentu ada yang agak pelik dan menyeramkan.

Spider-Man PC mod

Antara mod yang terbaik dilihat ialah suit Symbiote yang ikonik. Dengan kemunculan mod suit itu, dapat jugalah kita lihat versi Spider-Man yang mungkin akan muncul dalam game seterusnya. Bersama mod itu, terdapat juga pakaian original Peter Parker bersama sut dan tali leher sama seperti dalam filem Spider-Man 3. Harap-harap maklumat baru tentang Spider-Man 2 akan didedahkan nanti oleh Insomniac.

Selain daripada suit hitam alien itu, terdapat mod yang membolehkan anda untuk bermain sebagai Stan Lee, pencipta watak Spider-Man itu sendiri.

Spider Man Mod PC

Kalau anda teringin melihat Black Cat mahupun MJ berhayun di sekitar bandar New York, juga boleh. Bukan setakat itu, ia juga mempunyai animasinya tersendiri.

Teringin nak main sebagai watak antagonis? Terdapat mod Kingpin, Rhino dan juga Vulture. Tetapi sudah tentu mereka juga mempunyai kebolehan yang sama seperti Spider-Man. Agak seram juga lihat Kingpin berhayun sana-sini di bandar itu. Tiba-tiba jadi baik pula supervillain ini.

Apapun, anda boleh lihat kesemua mod yang ada di laman web Nexusmods. Siap ada sut Spider-Man dengan cahaya RGB. Kami juga ada review game Spider-Man versi PC untuk anda yang teragak-agak untuk bermainnya. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan terbaru mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!

Beli Sekarang!
Spider-Man Remastered
Epic Games Store, Steam
Dibangunkan oleh Insomniac Games dengan kerjasama Marvel, Spider-Man Remastered memperkenalkan anda kepada Peter Parker berpengalaman yang memerangi jenayah besar dan penjahat ikonik di Marvel’s New York.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ModPCSpider-Man Remastered
Previous Post

“Ya kepada game mobile, Tidak kepada NFT” – Mesej Gilles Langourieux selaku CEO Virtuos

Next Post

Kolab Fortnite X Dragon Ball bawa Goku, Vegeta, Belma & Beerus

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Gamer Mobile esport tak setanding PC di Malaysia, netizen berdebat di internet

Kolab Fortnite X Dragon Ball bawa Goku, Vegeta, Belma & Beerus

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd