Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekas pembangun Yakuza membuka studio baru, Nagoshi Studio!

Maira by Maira
January 25, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Bekas pembangun Yakuza membuka studio baru, Nagoshi Studio!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas keluar daripada SEGA pada Oktober tahun lalu, Toshihiro Nagoshi, produser siri Yakuza telah membangunkan studionya tersendiri di Tokyo! Studio yang diberi nama Nagoshi Studio ditubuhkan dengan sokongan daripada NetEase Games.

Nagoshi akan memegang jawatan sebagai Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif studio, bersama-sama dengan pembangun yang berpengalaman, yang ramai terlibat dalam penghasilan game video ikonik. Studio ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan game konsol berkualiti tinggi yang akan dilancarkan secara global.

Nagoshi Studio Inc. akan mempunyai kuasa penuh untuk mengurus serta menghasilkan pelbagai game yang mereka minati, dengan sokongan NetEase Games.

Terdapat banyak perubahan yang dilakukan pada cara kandungan dihasilkan dalam industri hiburan, dari segi cara kandungan itu dicipta dan model perniagaan yang menyokongnya. Perubahan ini berlaku pada kelajuan yang lebih pantas, hasil daripada kemajuan dalam teknologi dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, NetEase Games dan Nagoshi Studio kedua-duanya percaya bahawa apa yang orang mahukan daripada hiburan tidak berubah sedikit pun. Ramai orang yang melihat impian mereka dalam hiburan; mereka ingin memberikan harapan kepada mereka dalam kehidupan seharian, untuk menenangkan mereka dalam masa yang sukar dan menambahkan keseronokan. Ramai juga yang mencari hiburan untuk memberikan sedikit percikan dalam perkara yang berlaku dalam hidup mereka.

Dengan tujuan untuk mencipta game yang berkualiti dan menyampaikan intipati hiburan dengan motivasi yang kuat untuk menjangkau seluruh dunia, studio ini berkongsi komitmen yang sama dengan NetEase Games untuk “Melepaskan Potensi Pencipta” dalam persekitaran yang terbuka dan inklusif, dengan harapan untuk mencapai seluruh gamer yang di seluruh dunia dengan kandungan berkualiti tinggi dan menarik.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Nagoshi Studio Inc., anda boleh lawat laman web rasmi melalui pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nagoshi StudioToshihiro Nagoshi
Previous Post

Laptop MSI terkini bagi 2022 tersedia untuk pre-order di Malaysia! Lengkap dengan 12th Gen Intel Core & grafik hingga RTX 3080 Ti

Next Post

Lebih kurang 30 jam untuk tamatkan Elden Ring menurut kata produser Yasuhiro Kitao

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Lebih kurang 30 jam untuk tamatkan Elden Ring menurut kata produser Yasuhiro Kitao

Lebih kurang 30 jam untuk tamatkan Elden Ring menurut kata produser Yasuhiro Kitao

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd