Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekas pemain pro CS:GO PashaBiceps mencuba nasib sebagai pahlawan MMA

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 8, 2021
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Bekas pemain pro CS:GO PashaBiceps mencuba nasib sebagai pahlawan MMA
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas pemain profesional CS:GO, Jarosław Jarząbkowski atau lebih dikenali sebagai “pashaBiceps“, kini bersedia untuk membuat debut dalam sukan pertempuran sebagai pahlawan MMA (mixed martial arts) dalam rancangan HIGH League Season 2 pada 5 Februari 2022 di Krakow, Poland.

It's official! It was supposed to be on the stage, but it's in the cage. 😁

I will be fighting Owca WK in @HIGHLeaguePL. Representative of esports vs polish athlete, who is gonna win? I count on your support my friends! 💪 pic.twitter.com/4X42mL50qz

— paszaBiceps (@paszaBiceps) December 6, 2021

Bagi mereka yang tidak tahu, pashaBiceps merupakan seorang bekas pemain profesional Counter-Strike: Global Offensive dan Counter-Strike dari Poland. Pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Golden Five dan Virtus.pro, dia dikenali sebagai salah seorang pemain profesional CS:GO terhebat di dunia selepas memasuki senarai 20 pemain terbaik untuk tahun 2011, 2013 dan 2014 (merupakan ke-3 terbaik pada tahun 2014).

PashaBiceps kemudian bersara secara profesional pada 2019 tetapi tidak lama kemudian menandatangani kontrak dengan Team Liquid sebagai seorang streamer dan content creator.

Bakal membuat debut di Arena Tauron, perlawanan ini adalah sebahagian daripada HIGH League Season 2, sebuah kejohanan yang menampilkan lapan perlawanan antara beberapa selebriti dan influencer dari Poland yang popular di Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok.

Only headshots @TeamLiquidCS 💪

Fingers crossed pic.twitter.com/GgMSzmxsdc

— paszaBiceps (@paszaBiceps) September 16, 2021

PashaBiceps telah menerima banyak sokongan positif daripada komuniti CS:GO di mana pemain-pemain lain seperti Olof “olofmeister” Kajbjer Gustafsson, Mohan “launders” Govindasamy, Gabriel “FalleN” Toledo, Jason “moses” O’Toole, Owen “smooya” Butterfield, Epitácio “TACO” de Melo, dan ramai lagi tampil dengan mesej untuk menunjukkan sokongan mereka.

Agak menarik untuk melihat seorang “gamer” CS:GO bertarung dalam gelanggang MMA tapi apa pendapat korang? Adakah dia boleh menang? Untuk segala liputan kami tentang Counter Strike, sila tekan pautan ini.

Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO)
Release Date: 2012-08-21
Microsoft Windows
Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO adalah permainan FPS yang dibangunkan oleh Hidden Path Entertainment dan Valve Corporation. Ia merupakan permainan keempat dalam siri Counter-Strike dan dikeluarkan untuk Microsoft Windows, OS X, Xbox 360, dan PlayStation 3 pada 21 Ogos 2012, manakala versi Linux dikeluarkan pada tahun 2014.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CS:GOMMAPashaBiceps
Previous Post

Uncharted: The Legacy of Thieves Collection- Maklumat baru mengenai koleksi ini!

Next Post

Tales of Crestoria akan menamatkan servis pada Februari 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Tales of Crestoria akan menamatkan servis pada Februari 2022!

Tales of Crestoria akan menamatkan servis pada Februari 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd