Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Watak-watak GTA ini sebenarnya wujud di DUNIA SEBENAR! Bukan sekadar NPC!

Mungkin ada yang kenal, ada yang tidak.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 21, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PC, PS4, Rockstar, Xbox One
0 0
0
Watak-watak GTA ini sebenarnya wujud di DUNIA SEBENAR! Bukan sekadar NPC!
Share on FacebookShare on Twitter

Grand Theft Auto (GTA) adalah francais paling berjaya daripada Rockstar Games. Tidak mengejutkan bahawa game ini masih menjadi francais terbaik sehingga hari ini. Dalam GTA, pemain akan bermain sebagai protagonis yang sentiasa terlibat dalam jalan cerita konspirasi jenayah. Sudah tentu, protagonis adalah fiksyen dan walaupun berdasarkan orang sebenar, jenayah yang dilakukan dalam game lebih teruk. Tetapi adakah anda tahu bahawa Rockstar Games juga meletakkan beberapa watak yang sebenarnya hidup dalam kehidupan sebenar. Lebih menarik lagi ialah nama dan wajah mereka pun tidak berubah! Siapakah watak-watak ini? Mari kita lihat di bawah.

Phil Collins – GTA Vice City Stories

Di GTA: Vice City Stories, anda boleh bertemu dengan penyanyi legenda Phil Collins. Penampilan Phil Collins juga menandakan kemunculan selebriti pertama dalam francais GTA. Pada tahun 1984, Collins ingin mengadakan konsert besar-besaran di Vice City tetapi pengurusnya, Barry Mickelthwaite, mempunyai hutang sebanyak $3.000.000 USD kepada Giorgio Forelli. Mickelthwaite bimbang Forelli akan membunuh Collins semasa konsertnya kerana hutang masih belum diselesaikan. Dalam game yang sama, Collins menyanyikan lagu terkenalnya “In the Air Tonight.”

Katt Williams – GTA IV

Katt Williams juga merupakan salah satu selebriti yang muncul dalam francais GTA, khususnya di GTA IV. Dia muncul sebagai pelawak yang ingin menghiburkan penontonnya. Di atas pentas kelab komedi Split Sides, Williams bercerita tentang pelbagai topik lucu dan menarik seperti ganja, studio apartment, haiwan dan orang pendek, sambil ditemani lagu “Hustlin” oleh Rick Ross, yang popular pada masa itu.

Ricky Gervais – GTA IV

Apabila Niko Bellic melawat kelab komedi Split Sides, pemain akan dihiburkan oleh watak lain bernama Ricky Gervais, seorang pelakon komedi terkenal. Pada masa yang sama, Gervais juga adalah pelawak yang berkongsi pentas pentas bersama Katt Williams. Berbeza dengan Williams, Gervais akan bercakap tentang topik peperangan, obesiti, cancer, dan AIDS.

Lazlow Jones – GTA V

Yang terakhir dalam senarai adalah Lazlow Jones, yang muncul sebagai dirinya dalam GTA V. Sebelum penampilannya dalam GTA V, dia pernah bekerja dalam pasukan pembangunan game. Di GTA III, beliau muncul sebagai producer serta tuan rumah di stesen radio bernama Chatterbox. Akhirnya dia muncul sebagai hos TV Fame of Shame di GTA V dan menjadi orang yang paling dibenci oleh Michael kerana menghina anak perempuannya sendiri, Tracey.

Muat turun sekarang!!
Grand Theft Auto V
Developer: Rockstar Studios
Release Date: 2013-09-17
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Grand Theft Auto V merupakan permainan aksi pengembaraan yang dimajukan dan dikeluarkan oleh Rockstar North dan Rockstar Game. Menjadi lebih spekulasi dengan kehadiran GTA Online dengan membuat lebih ramai peminat teruja dengan kepelbagaian mod yang boleh dihasilkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: grand theft autogtarockstar games
Previous Post

DLC pas watak dan pra-pembelian digital One Piece: Pirate Warriors 4 diumumkan!

Next Post

MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON diumumkan untuk PS4 pada 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON diumumkan untuk PS4 pada 2020!

MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON diumumkan untuk PS4 pada 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd