Ya, apa yang korang baca tu betul dan ni bukan Clickbait. Stunlock Studios telah membuat announcement yang 26 September ni, Mobile Legend versi Battle Royale iaitu Battlerite Royale akan dilancarkan ke dalam Steam dan tiada berita untuk Mobile tapi dijangkakan ada masuk ke dalam dunia Mobile. Kerana ramai menjangkakan game ni akan pergi jauh kerana gameplay yang smooth dan kepelbagaian character dan weapon dalam game tersebut.
Game ni yang membuat beta testing beberapa bulan lepas Stunlock Studios telah beritahu dalam Twitter yang Beta Server telah ditutup untuk any improvement dan feedback dari Beta Tester, dan ramai yang ditwitter memberi response yang sangat bagus! Mereka mengatakan yang Battlerite amat seronok dan memang elemen MOBA boleh diserapkan ke dalam Battle Royale, Jika game ni berjaya dan membuat peminat suka, Ini akan menjadi trending yang terbaru yang amat berjaya.
So kalau Battlerite ni bagus, kenapa kita tak pernah dengar pasal game ni? Actually percaya atau tidak Banyak marketing diorang keluarkan sehingga mendapat perhatian IGN, Gamespot dan ScreenRant. Game tak belibatkan Shooting dengan pistol dengan senapang tapi denagn hand to hand ataupun Melee Weapon yang boleh digunakan dalam game ni.
*Bawah ni adalah trailer untuk Battlerite Royale*
Bagi aku, as MOBA Player aku definitely akan try game ni, Tapi persoalan aku ada satu je, adakah game ni akan jadi percuma? Bagi aku game kalau percuma aku boleh nampak game ni pergi jauh dalam gaming community sebab dunia Mobile Legend sangat besar sekarang, memang la semua orang nak free supaya game ni boleh dilayan oleh semua orang setiap peringkat umur.
Untuk sesiapa nak try game ni boleh pergi ke Steam dan game ni akan dikeluarkan pada 26 September ni.
@gamersantaimy
Discussion about this post