Masuk bulan baru, sudah tentu beberapa game percuma baru PS Plus akan diumumkan. Untuk Januari 2024, ada tiga game percuma yang akan diberikan kepada pelanggan PS Plus Essential termasuklah pek khas. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat game PS Plus yang anda boleh mainkan pada Januari 2024!
A Plague Tale: Requiem | PS5
Dalam sekuel A Plague Tale: Innocence, Amicia dan Hugo mengembara jauh ke selatan ke wilayah baharu dan bandar yang menawan selepas melarikan diri dari tanah air mereka yang musnah. Di sana, mereka cuba memulakan hidup baru dan mengawal sumpahan Hugo. Tetapi, apabila kuasa Hugo bangkit semula, kematian dan kemusnahan kembali. Terpaksa melarikan diri sekali lagi, adik-beradik itu meletakkan harapan mereka di sebuah pulau yang diramalkan mungkin memegang kunci untuk menyelamatkan Hugo.
Evil West | PS4, PS5

Ancaman gelap mengelubungi sempadan Amerika. Sebagai salah satu ejen terakhir dalam institut pemburu vampire rahsia, anda adalah barisan akhir antara manusia dan keganasan yang kini muncul daripada bayang-bayang. Bunuh raksasa yang dahagakan darah dengan bergaya secara solo atau bekerjasama dengan rakan. Terokai dan lawan dalam kempen yang didorong oleh naratif sambil meningkatkan senjata dan alatan memburu anda.
Nobody Saves the World | PS4, PS5

Apabila musibah purba bangkit semula, siapa yang boleh menyelamatkan dunia? Kuasai seni transformasi untuk menjadi Slug, Ghost, Dragon dan banyak lagi dalam game RPG aksi daripada pencipta Guacamelee. Selesaikan quest yang boleh anda selesaikan dengan cara yang kreatif. Campur dan padankan kebolehan dalam cara yang tidak dijangka untuk membuka dan menyelesaikan lebih banyak quest yang mencabar. Terokai dunia yang luas untuk menghentikan The Calamity dan menyelamatkan dunia!
Warframe: Syrinx Collection – PlayStation Plus Pack eksklusif

Sebagai tambahan game percuma tersebut, pemain Warframe boleh mendapatkan pek khas Syrinx Collection yang mengandungi pelbagai senjata, perisai dan item. Setelah dimuat turun, kesemuanya akan tersedia dalam inventori pemain serta-merta. Berikut adalah item yang tersedia dalam pack tersebut:
- Syrinx Chest Plate
- Syrinx Shoulder Plates
- Syrinx Leg Plates
- Baza Rifle
- Cassowar Polearm
- Storm Color Palette
- Essential Base Damage Mod Bundle
- Essential Critical Damage Mod Bundle
- 2x Orokin Catalysts
- 170 Platinum
- 7-Day Affinity Booster
- 7-Day Credit Booster
Ketiga-tiga game dan pek ini akan tersedia buat semua pelanggan PS Plus pada 2 Januari sehingga 5 Februari! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game percuma daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post