Berikutan dengan Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung pada 5 Mei sehingga 17 Mei ini, Majlis Olimpik Malaysia telah mendedahkan senarai atlet Malaysia yang akan bertanding dalam kategori Perempuan Mobile Legends: Bang Bang.
Ini merupakan kali pertama Sukan Sea mempertandingkan kategori Perempuan untuk Mobile Legends: Bang Bang. Jadi, Majlis Olimpik telah melakukan sesi pemilihan di mana seramai 18 pemain telah menyertainya untuk dipilih mewakili negara. Selepas berbincang dengan pakar industri, jurulatih, penganalisis dan pengurus pasukan, berikut adalah pemain-pemain yang akan mewakili Malaysia untuk merebut pingat emas nanti:

- Nurul Effa Fauzana Binti Mohd Fauzi (Fafau) – Gold
- Vanessa Natasha Abdullah (Bunny) – Exp
- Hanis Wahidah Binti Mohamad Dashuki (Hannie) – Mid
- Sharifah Alia Husna Binti Syed Fakrurrozi (Aria) – Roam
- Wan Nur Adibah Humairah Binti Wan Hamidon (Dibo) – Jungler
- Nur Afrina Syuhada Ahmad Shaltut (Rosemary) – Substitute
- Anatasha Binti Norman (Anatasha) – Substitute
- Kelvin Unting (Rexvinn) – Head Coach
- Fikri Aiman Bin Mohd Khidzir (Rain) – Assistant Coach
- Muhammad Farhan Bin Ibrahim (Sora) – Analyst
Perlawanan untuk kategori perempuan Mobile Legends: Bang Bang akan diadakan pada 10-12 Mei 2023 di Phnom Penh, Kemboja. Manakala kategori terbuka akan diadakan pada 12-14 Mei 2023. Kepada sesiapa yang berminat untuk menonton perlawanan tersebut, anda boleh pergi ke media sosial Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan MPL Malaysia.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Sukan SEA 2023 akan berlangsung pada 5 Mei sehingga 17 Mei 2023 di Kemboja dan perlawanan kategori perempuan Mobile Legends: Bang Bang akan diadakan pada 10 Mei sehingga 12 Mei 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post