Trailer baru Barbie telah mendedahkan pandangan yang lebih terperinci pada filem yang telah lama ditunggu-tunggu. Diarahkan oleh Greta Gerwig dan ditulis bersama Gerwig dan Noah Baumbach, filem Barbie akan dibintangi oleh Margot Robbie, Ryan Gosling, Simu Liu dan ramai lagi. Ini merupakan filem live action pertama berdasarkan francais anak patung Mattel dan akan ditayangkan di Malaysia pada 20 Julai 2023.
Anda boleh tonton trailer di bawah:
Setiap teaser untuk filem Barbie telah membuatkan penonton lebih teruja dengan filem anak patung yang menampilkan pelakon terkenal itu, dengan gambaran kecil pakaian berwarna-warni yang dikeluarkan secara online lagi menambah keterujaan peminat. Baru-baru ini, Margot Robbie mengesahkan bahawa filem ini juga akan menampilkan Barbie Dream Houses dan menyatakan filem ini akan menjadi seperti apa yang anda impikan.
Berdasarkan trailer yang dikeluarkan, jelas bahawa pengarah sedar tentang apa-apa yang berkaitan dengan Barbie dan mainan dapat memberikan rasa nostalgia membuatkan trailer tersebut rasa lucu. Nostalgia zaman kanak-kanak bersama barisan pelakon yang menarik menyebabkan arah cerita filem ini susah untuk dijangka dan kenyataan daripada Gerwig dan Robbie tentang persekitaran set semasa pengembaraan membuatkan hype filem Barbie membuak-buak.

Selain daripada membuat filem live action daripada filem animasi sedia ada, Barbie arahan Gerwig ini jelas menampilkan sesuatu yang baru kepada peminat dengan teaser yang pernah diberikan oleh pelakon juga membuatkan filem yang dinanti-nantikan ini semakin menarik. Trailer ringkas itu juga pasti akan meningkatkan hype filem ini dengan Robbie kelihatan seperti pelakon yang sesuai sebagai Barbie.
Walaupun trailer menunjukkan beberapa pelakon baru seperti Simu Liu, America Ferrera, Kate McKinnon dan ramai lagi, ia tidak mendedahkan banyak tentang plot filem ini. Mungkin mereka akan mengeluarkan trailer yang lebih panjang tidak lama lagi, jadi kita hanya boleh tunggu sahaja.

Sekali lagi saya ingatkan, filem live action pertama Barbie akan ditayangkan di Malaysia pada 20 Julai 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang movie/filem termasuk berita terkini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post