Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baldur’s Gate 3 Tidak Akan Masuk Game Pass — Kata CEO Larian

Maira by Maira
December 18, 2023 - Updated on December 20, 2023
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Baldur’s Gate 3 Tidak Akan Masuk Game Pass — Kata CEO Larian
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memenangi pelbagai anugerah di The Game Awards 2023, sudah tentu ramai yang ingin mencuba game RPG tersebut. Lebih-lebih lagi pemain buat pemain Xbox dan PC yang melanggan Game Pass. Ramai pelanggan Game Pass ingin Baldur’s Gate 3 di platform itu, malangnya CEO Larian telah pun memberi kata putus mengenai ketersediaan game tersebut untuk pas tersebut.

Baldur's gate 3
Sumber: Larian Studios

Melalui IGN, CEO Larian, Swen Vincke telah memberitahu bahawa Baldur’s Gate 3 tidak akan tersedia di Xbox dan PC Game Pass. Menurutnya, game tersebut merupakan sebuah game yang besar dan merasakan bahawa harga yang tersedia sudah cukup baik untuk pemain.

“Jadi, kami dalam perniagaan membuat game yang mempunyai permulaan, pertengahan dan penghujung. Kami membuat game yang besar, jadi saya fikir ada harga yang berpatutan untuk dibayar untuk itu, dan saya fikir itu okay.” kata Vincke. Tambahnya lagi, game tersebut tidak memerlukan pembelian tambahan, dan apa yang dibayar pemain, itulah yang akan mereka terima.

Baldur's gate 3
Sumber: Larian Studios

“Kami tidak mengenakan bayaran kepada anda sebarang transaksi mikro, jadi anda mendapat apa yang anda bayar. Ia adalah game yang besar. Jadi saya fikir ia sepatutnya boleh wujud sebagaimana adanya. Inilah yang membolehkan kami untuk terus membuat game lain.” katanya.

Baldur's gate 3
Sumber: Larian Studios

Vincke turut mengatakan bahawa Baldur’s Gate 3 akan terus mendapat sokongan pada tahun 2024 sambil studio itu mengerjakan projek baharu. Buat masa ini tiada perkara baharu mengenai game baharu mereka yang didedahkan. Jadi kita nantikan sahaja kejutan daripada mereka pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Baldur's Gate 3PC Game PassXbox Game Pass
ShareTweetSend
Previous Post

Gege Akutami Yakin Manga Jujutsu Kaisen Akan Tamat Tahun 2024, Katanya Dalam Mesej

Next Post

Yuta Okkotsu & Suguru Geto muncul sebagai Playable Character dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Yuta Okkotsu & Suguru Geto muncul sebagai Playable Character dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash!

Yuta Okkotsu & Suguru Geto muncul sebagai Playable Character dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd