Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bagaimana Ichigo & Orihime jatuh cinta lalu kahwin? — Pencipta Bleach ceritakan kisah sebenar

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bagaimana Ichigo & Orihime jatuh cinta lalu kahwin? — Pencipta Bleach ceritakan kisah sebenar

Sumber - DevianArt@SSausagee

Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu kejutan terbesar di penghujung Bleach ialah Kurosaki Ichigo sebenarnya memilih Inoue Orihime sebagai pasangan, bukannya Kuchiki Rukia. Sekarang pencipta siri, Kubo Tite, telah mendedahkan bagaimana kedua-duanya akhirnya jatuh cinta sesama sendiri lalu berkahwin!

Jika ada yang tidak tahu, anime Bleach kembali untuk adaptasi “Thousand-Year Blood War”, saga terakhir dalam francais. Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk menyimpulkan segala plot yang “tergantung” dalam siri termasuk hubungan Ichigo dan Orihime.

Peminat sudah lama tahu bahawa Ichigo dan Orihime mempunyai perasaan antara satu sama lain sejak awal kisah Bleach tetapi di penghujung manga, kita dapat pengesahan bahawa mereka akhirnya berkahwin dan mempunyai seorang anak bernama Kurosaki Kazui. Malangnya, muka surat manga tidak menceritakan dengan terperinci tentang hubungan kedua-dua watak tersebut. Kita hanya dapat jawapan rasmi sahaja, proses percintaan mereka tidak dijelaskan.

Selepas ditanya oleh peminat, Kubo Tite menjawab dengan tepat “bila sebenarnya hubungan cinta mereka mula berputik” iaitu semasa Ichigo dan Orihime mula menjadi dewasa bekerja selepas menamatkan pengajian daripada universiti.

“Mereka memulakan hubungan temu janji ketika Ichigo masih pelajar universiti, dan mula bercinta secara rasmi selepas mereka berdua menjadi dewasa bekerja.”

“Bagaimanapun, memandangkan Bleach bukan manga tentang romantis, percintaan itu dilukis semata-mata sebagai komponen tambahan.

Itulah sebabnya saya tidak akan menjelaskan terlalu banyak tentang watak lain juga, namun, ia menggembirakan jika saya dapat menangkap perhatian pembaca melalui penggambarannya.”

Kubo telah memberikan banyak petunjuk tentang percintaan mereka sejak saga “Arrancar Invasion” tetapi tidak sempat menunjukkanya bagaimana hubungan Ichigo dan Orihime dapat berkembang secara terperinci memandangkan siri shonen ini tertumpu kepada aksi. Sekurang-kurangnya, kita dapat mengesahkan yang Ichigo dan Orihime akan bersama juga di pengakhiran siri bersama status beberapa pasangan lain.

Semuanya akan dibongkarkan jika korang tengok musim finale Bleach yang kini ditayangkan di platform Disney+, IQiyi, Amazon Prime, dan Ani-One Asia.

Apakah pendapat korang tentang hubungan Ichigo dan Orihime? Adakah dia patut bersama wanita lain? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachichigomangaOrihime
Previous Post

Black Clover – Yami bunuh seluruh clan, plotline lebih kurang Uchiha Itachi

Next Post

[SPOILER] One Piece 1063 didedahkan ayah Jewelry Bonney, Law vs Blackbeard!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[SPOILER] One Piece 1063 didedahkan ayah Jewelry Bonney, Law vs Blackbeard!

[SPOILER] One Piece 1063 didedahkan ayah Jewelry Bonney, Law vs Blackbeard!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd