Beberapa laporan tentang save corruption di PC telah timbul pada Steam, Reddit dan GameFAQs pada hujung minggu lepas sejak Sekiro dikeluarkan. Lazimnya, perkara ini diikuti oleh PC crash, blue screen of death atau force quit. Sebuah mesej di thread oleh penggunna Steam Ohmz telah menulis sebuah skrip untuk backup proses sebagai salah satu cara untuk melawan masalah ini. Anda juga diingatkan bahawa Steam cloud save tidak harus diharapkan kerana kemungkinan untuk mereka copy data yang corrupt sangat tinggi.

Untuk minimakan risiko, pastikan anda quit daripada game menggunakan cara yang betul – rehat di idol untuk save progress anda, kemudian quit ke title menu, dan daripada situ, quit ke desktop. Sedikit leceh, tetapi lebih baik daripada hilang segala progress anda. Ada juga kes di mana game itu crash dan pc terus tidak berfungsi, pilihan yang tinggal hanyalah untuk hard reset PC itu. Ini satu lagi cara jika masalah ini terjadi kepada anda.
Save data anda boleh dijumpai di C://Users/’your user name’/AppData/Roaming/Sekiro. Fail ini disorokkan buat masa ini. Jadi pergi ke properties dan tick kotak untuk menunjukkan fail dan folder yang selama ini tersorok. Copy segalanya dalam fail itu kepada mana-mana folder backup pilihan anda.
Jadi kepada sesiapa yang mengalami masalah ini, anda boleh menggunakan cara-cara di atas. Jika anda boleh sabar, lebih baik untuk menunggu game ini diperbaiki dan stabil sebelum sambung main ya.
Sumber – Sekiro: Shadows Die Twice Steam thread
@gamersantaimy
Discussion about this post