Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baca saga penuh Tanjiro melalui Demon Slayer Complete Box Set, bernilai RM999

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 23, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Impulse Gaming, Manga
0 0
0
Baca saga penuh Tanjiro melalui Demon Slayer Complete Box Set, bernilai RM999
Share on FacebookShare on Twitter

Impulse Gaming telah mendedahkan sebuah koleksi yang pasti akan mengujakan mana-mana peminat Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. Baru sahaja diumumkan semalam, korang boleh dapatkan setiap jilid untuk manga popular tersebut dalam satu pakej istimewa melalui Demon Slayer Complete Box Set.

Box set ini mengandungi kesemua 23 jilid Demon Slayer dan dibungkus dalam kotak yang menampilkan seni daripada manga. Di satu sisi kotak, kita dapat melihat ilustrasi lawa yang menampilkan semua watak penting termasuk Tanjiro, Nezuko dan para Hashira. Di sisi sebelah adalah ilustrasi yang memaparkan Tanjiro sedang bertarung dengan antagonis utama iaitu Muzan Kibutsuji. Selain itu, Demon Slayer Complete Box Set juga mempunyai buku kecil dan poster eksklusif.

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh pra-pesan koleksi Demon Slayer Complete Box Set sekarang di Impulse Gaming. Bernilai RM999, koleksi ini akan memakan masa 30 hari untuk dihantar ke rumah kerana ia rasmi diterbitkan oleh Viz Media dan diterjemahkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Saya sediakan pautan di sini:

  • [laman web rasmi] – v.gd/Cw6bDr
  • [Shopee] – https://shp.ee/i2cnb7j / v.gd/wSQukx

Jika korang tidak begitu tahu tentang Demon Slayer, berikut ialah sinopsis ringkas menurut MAL:

Sejak kematian bapanya, beban menyara keluarga telah jatuh ke atas bahu Tanjiro Kamado. Walaupun hidup dalam keadaan miskin di gunung terpencil, keluarganya dapat menikmati kehidupan yang agak aman dan bahagia. Pada suatu hari, Tanjirou memutuskan untuk pergi ke kampung berdekatan untuk mendapatkan sedikit wang dengan menjual arang. Dalam perjalanan pulang, malam tiba, dan memaksa Tanjirou untuk berlindung di rumah seorang lelaki aneh, yang memberi amaran kepadanya tentang kewujudan “iblis” yang bersembunyi di dalam hutan pada waktu malam sambil menunggu masa untuk memakan manusia.

Apabila dia akhirnya tiba di rumah keesokan hari, Tanjiro dikejutkan dengan pemandangan yang mengerikan -seluruh keluarganya telah dibunuh dengan kejam. Lebih teruk lagi, satu-satunya yang terselamat ialah adiknya Nezuko, yang kini bertukar menjadi “iblis: yang dahagakan darah. Penuh dengan kemarahan dan kebencian, Tanjiro bersumpah untuk membalas dendam demi keluarganya. Bersama kumpulan misteri yang menggelarkan diri mereka sebagai Demon Slayer Corps, Tanjirou akan melakukan apa sahaja untuk membunuh setiap iblis dan melindungi adik kesayangannya.

Untuk segala liputan kami tentang Demon Slayer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon SlayerDemon Slayer Complete Box SetImpulse Gamingmanga
Previous Post

Manga Fire Force sudah tamat, rupanya prekuel kepada Soul Eater *SPOILER*

Next Post

Review Elden Ring – Masih seronok walaupun kena bantai

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review Elden Ring – Masih seronok walaupun kena bantai

Review Elden Ring - Masih seronok walaupun kena bantai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd