Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Avatar: The Way of Water kutip $1.7 bilion, filem ke-7 dengan kutipan tertinggi di dunia!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 9, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Avatar: The Way of Water kutip $1.7 bilion, filem ke-7 dengan kutipan tertinggi di dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari demi hari, kejayaan tidak pernah lari dari filem Avatar: The Way of Water. Sekuel arahan James Cameron ini telah ditayangkan secara global sejak 16 Disember tahun lalu dan ia baru sahaja memenangi box office untuk kali keempat berturut-turut. Minggu ini juga, filem ini sudah mengalahkan Top Gun: Maverick untuk menjadi filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2022 dan berjaya mencapai tempat baru untuk senarai filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. Avatar: The Way of Water kini merupakan filem ke-7 dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di dunia!

Filem kedua Avatar ini kini telah memperoleh $1.708 bilion di box officedan secara rasmi telah mengatasi The Lion King 2019 ($1,663,075,401 bilion) dan Jurassic World 2015 ($1,675,537,444 bilion). Berikut adalah senarai 10 filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa:

  1. Avatar ($2,922,917,914 bilion)
  2. Avengers: Endgame ($2,797,501,328 bilion)
  3. Titanic ($2,201,647,264 bilion)
  4. Star Wars: Episode VII – The Force Awakens ($2,069,521,700 bilion)
  5. Avengers: Infinity Wars ($2,048,359,754 bilion)
  6. Spider-Man: No Way Home ($1,916,306,995 bilion)
  7. Avatar: The Way of Water ($1,708,089,379 bilion)
  8. Jurassic World ($1,671,537,444 bilion)
  9. The Lion King ($1,663,075,401 bilion)
  10. The Avengers ($1,518,815,515 bilion)

Ini bermakna sehingga kini, James Cameron mempunyai tiga filem arahannya dalam senarai 10 teratas. Avatar: The Way of Water juga menjadi filem dengan kutipan tertinggi secara global semasa era pandemik dan kelima keseluruhan selepas Avatar, Avengers: Endgame, Titanic dan Avengers: Infinity War.

Avatar: The Way of Water mungkin telah menang pada hujung minggu lalu, tetapi filem eram terbaru daripada Blumhouse masih memberi peluang kepada Cameon. Namun, filem M3GAN sebenarnya telah menewaskan Avatar di box office semasa minggu pertama filem ini ditayangkan.

M3GAN mendapat kutipan lebih daripada jangkaan semua orang, dengan memperoleh $30.2 juta daripada 3,509 pawagam di Amerika dan $14.8 juta secara global, menjadikan jumlah kutipan keseluruhannya sebanyak $45 juta.

Siapa sangka Avatar: The Way of Water akan berjaya mendapat tempat ke-7 untuk filem dengan hasil kutipan tertinggi sepanjang masa di dunia pada era pandemik ini, kan. Memang terbukti James Cameron merupakan pengarah terbaik.

Jadi, bagi sesiapa yang masih belum menonton filem ini, anda boleh dapatkan tiket sekarang di laman web GSC dan TGV Cinema. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Avatar 2Avatar: The Way of WaterBox OfficefilemJames Cameronmovie
Previous Post

Mechamato kini anime TERBAIK mengalahkan Attack on Titan & Detective Conan!

Next Post

“Wednesday Season 2 rasmi akan datang”, disahkan Netflix!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
“Wednesday Season 2 rasmi akan datang”, disahkan Netflix!

"Wednesday Season 2 rasmi akan datang", disahkan Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd