Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Avatar: Generations akan “soft launch” di Android & iOS, Malaysia tidak tersenarai

safwan by safwan
August 12, 2022
in Android, Animasi, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Avatar: Generations akan “soft launch” di Android & iOS, Malaysia tidak tersenarai
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix London baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan “soft launch” game RPG percuma baharu iaitu Avatar: Generations di Android dan iOS. Game ini adalah berdasarkan siri animasi yang popular daripada Nickelodeon iaitu Avatar: The Last Airbender.

Dibangunkan oleh Navigator Games, mereka telah bekerjasama dengan Paramount Consumer Product untuk membawa siri animasi ini ke dunia baharu.

Buat masa sekarang, mereka akan membuat “soft launch” untuk mengenal pasti bug dan masalah lain. “Soft launch” akan diadakan di Kanada, Denmark, Afrika Selatan dan Sweden untuk kedua platform mobile. Malang sekali Malaysia tidak dapat akses untuk menyertai “soft launch” game ini.

Walau bagaimanapun, mereka akan kembangkan lagi kawasan untuk “soft launch” dalam beberapa bulan selepas itu. Namun, mereka tidak mendedahkan sebarang tarikh rasmi untuk membuat “soft launch” tersebut.

Kalau korang nak tahu, Avatar: Generations akan mengisahkan tentang Ang, Katara, Sokka, Toph, Suki dan Zuko mengelilingi dunia untuk mencari takdir Aang. Pengembaraan akan meneroka Avatar Kyoshi, Korra, Roku dan banyak lagi merentas garis masa Four Nations.

Game ini akan menampilkan pertempuran squad-based dan urutan pengembaraan yang unik. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga menyediakan sistem parti untuk anda merekrut hero baharu yang sesuai bagi meningkatkan potensi pasukan korang.

Korang pun boleh dapat pengalaman di beberapa lokasi yang ikonik daripada dalam siri animasi ini. Tambah pula dengan cerita dan acara kegemaran peminat dari seluruh dunia, saya pasti ramai yang tidak sabar untuk bermain game ini. Mereka juga menyediakan beberapa cerita baharu yang meluas ke dunia Avatar.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Avatar: Generations akan membuat “soft launch” di Kanada, Denmark, Afrika Selatan dan Sweden untuk platform mobile iaitu Android dan iOS. Mereka masih belum mengumumkan sebarang tarikh untuk melancarkan game tersebut. Harapnya dapatlah masuk ke Malaysia tidak lama lagi.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Avatar: Generations
Previous Post

Walinong Sari – Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

Next Post

FIFA 23 Ultimate Team tambah game mode “FUT Moments” dan rework pada “ciri Chemistry”

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
FIFA 23 Ultimate Team tambah game mode “FUT Moments” dan rework pada “ciri Chemistry”

FIFA 23 Ultimate Team tambah game mode "FUT Moments" dan rework pada "ciri Chemistry"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd