Attack on Titan: Assasult akhirnya telah membuat kemunculan di peranti mobile kami. Game ini boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.
https://www.youtube.com/watch?v=wAL6yrL-HrI&feature=youtu.be
Jika korang tidak tahu, Attack on Titan: Assault berdasarkan siri manga terkenal Attack on Titan, yang juga mempunyai adaptasi anime-nya sendiri. Pra-pendaftaran untuk game ini berlangsung pada Januari 2019 dan peminat telah menunggu untuk game ini sejak hari itu.
Pemain akan mengawal watak-watak daripada siri Attack on Titan di dalam game 3D turned-based RPG ini. Selain itu, ia juga mempunyai character levelling, party setup, dan sebuah sistem gacha. Pertempuran berlaku menggunakan sistem Quick Time Event, di mana pemain mempunyai masa untuk menekan penunjuk di dalam bulatan.
Kalau korang dah siap sedia untuk bunuh Titans, boleh lah tekan butang link muat turun di bawah untuk download Attack on Titan: Assault. Korang boleh juga follow Twitter mereka untuk tahu maklumat terkini tentang game ini.
Sumber – Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post