Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Asus ROG Phone II akan memudahkan para Gamers dengan Air Trigger II dan GameCool II!

Ini pandangan epik pertama untuk korang tergoda!

Nyny.A by Nyny.A
September 23, 2019
in Android, Artikel, Berita, Mobile, Produk, Review, Teknologi
0 0
0
Asus ROG Phone II akan memudahkan para Gamers dengan Air Trigger II dan GameCool II!
Share on FacebookShare on Twitter

Gamers! Gamers! Dimana kesemua para gamers! Seperti yang semua para gamers tahu, dan baru sahaja ASUS Malaysia telah mengumumkan kehadiran peranti pintar untuk para gamers yang terbaru iaitu Asus ROG Phone II akan dilancarkan di Malaysia 16 Oktober ini! Tapi yang paling menariknya, geng kami berpeluang untuk mencuba sendiri Asus ROG Phone II ni!

Sedikit spesifikasi yang kami akan kongsikan, ROG Phone II telefon ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855 Plus yang dipasangkan dengan penyimpanan UFS 3.0. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 6000mAh, menyokong bateri 30W yang cepat dan boleh menjalankan permainan besar dengan lancar. Juga, telefon ini mempunyai paparan AMOLED FHD + 6.59 inci dengan kadar refresh 120Hz, menjadikannya sangat menarik untuk gamers. Jadi sebelum kami teruskan review kami yang lebih mendalam dan tip top untuk telefon pintar khas untuk gaming ni kepada semua, kami akan kongsikan sedikit kelebihan yang ada dalam telefon ini buat korang semua geram!

Pssst ~ Usha dulu video unboxing kitorang ni

Ada dua titik berat untuk kelebihan yang kami akan kongsikan didalam ini, yang mengikuti perjalanan ROG Phone dari yang pertama hingga kini, iaitu sistem Air Trigger II yang paling menarik perhatian gamers dan sistem penyejukanya iaitu GameCool II!

 

Air Trigger II

Bagi penggemar ROG Phone sudah semestinya anda dah tahu kan apa itu Air Trigger? Jadi sekali lagi ROG Phone II Turut membawa Air Trigger II untuk kegunaan para gamers! Pada yang tidak tahu apa itu Air Triggers, ianya merupakan kawalan pada skrin yang menggunakan ‘Trigger’ tetapi dalam versi halimunan! EH! Iya Air Trigger ROG Phone bukan seperti gajet Trigger yang kita boleh dapatkan dimana-mana kedai gajet, ianya istimewa kerana hanyalah sensor dan bukan sebarang butang yang harus ditekan.

Kegunaan Air Trigger menyenangkan para gamers terutama para pemain bermain permainan menembak seperti PUBG Mobile! Untuk mengimbangi antara kawalan skrin dan pengawal perkakasan yang berdedikasi, ROG Phone asal memperkenalkan teknologi Haptic AirTrigger di tepinya untuk memberikan pemain yang berdedikasi mengawal mata untuk input yang paling penting.

Jadi sekali lagi, bagi meneruskan generasi Air Trigger, ianya juga hadir bersama ROG Phone II. Perisian algoritma menyenangkan para gamers untuk menggunakan Air Trigger ini secara santai dan anda hanya akan merasakan penggerakanya dengan getaran haptik dalam 20ms sahaja! Bukan begetar kuat lansung dan berbeza besar dari ROG Phone yang pertama kerana getaran yang lalu sehingga 63ms! Jadi jari anda boleh relax dan siap boleh memberi geseran secara lembut!

GameCool II

Nama pun telefon gaming, main berejam-rejam untuk permainan kesukaan, sudah semestinya yang penting adalah penggerakan udaranya yang sentiasa menyejukan telefon kan? Anda tidak perlu risau, kerana dalam ROG Phone II dilengkapi sistem GameCool II!

Dalam ROG Phone II terdapat 3 lapisan sistem penyejukan. Terdapat ‘vapor chamber’, ‘Heat Sink & Underfill’ serta ‘vents’ untuk pelepasan haba dibahagian belakang telefon. Tidak cukup dengan itu, terdapat aksesori Aero Active Cooler II dimana sama seperti sebelum ini juga tersedia bersama ROG Phone. Anda hanya boleh terus pasangkan dan bezanya kali ini ianya 4x lebih senyap berbanding dulu dengan rekaan yang menarik serta menyejukkan telefon sehingga 5°!

 

Sistem GameCool II berfungsi didalam ROG Phone II sebagai ‘vapor chamber’ 3D yang mampu melepaskan sebanyak 7.5W haba buangan. Sistem GameCool II ini bukan setakat didalam telefon, tetapi juga untuk bahagian luar dan bernafas dengan ‘vent’ yang tersedia. Memang tak terkata dengan sistem penyejukan ROG Phone II ini selagi ada GameCool II! Apa ada hal kalau sistem penyejukan begerak secara 3D, main la sepuas hati game korang tu!

Okay-okay cukup sekadar sini perkongsian pertama kami untuk ROG Phone II! Tunggu sikit hari lagi, bagi kami puas-puas bermain dan review telefon pintar gaming yang padu ini, kemudian kami akan kongsikan kepada anda semua 16 Oktober ini! Tapi apa yang kami nak bagitahu, Asus ROG Phone II memang tidak mengecewakan para gamers! Puas hati main game kegemaran anda dalam ni. Nantikan review penuh dari kami nanti ok!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASUS ROG PHONE 2Asus ROG Phone IImobile gamingRepublic Of Gamersrog phoneROG Phone IItechTelefon PintarTelefon Pintar gaming
Previous Post

Mizuno Keisuke, artis tersohor CAPCOM bercerita tentang Character Design di Mega Man X DiVE!

Next Post

Pendaftaran Brawl Stars World Championship bermula hari ini di Asia Tenggara!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Next Post
Pendaftaran Brawl Stars World Championship bermula hari ini di Asia Tenggara!

Pendaftaran Brawl Stars World Championship bermula hari ini di Asia Tenggara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd