Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Malaysia Umumkan ExpertBook B9 OLED dan ExpertBook B6 Flip! Tersedia Sekarang!

Maira by Maira
November 8, 2023
in Artikel, Komputer, Laptop, Produk, Teknologi
0 0
0
ASUS Malaysia Umumkan ExpertBook B9 OLED dan ExpertBook B6 Flip! Tersedia Sekarang!

Sumber: ASUS

Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia telah mengumumkan dua peranti baharu ExpertBook iaitu ExpertBook B9 OLED dan ExpertBook B6 Flip! Jom kita lihat kehebatan dan harga untuk kedua-dua ExpertBook ini.

ExpertBook B9 OLED

ASUS ExpertBook
Sumber: ASUS

Laptop perniagaan serba baharu yang direka dengan teliti menggunakan magnesium-lithium alloy premium untuk memberikan keringanan untuk mobiliti dan ketahanan. Ini menjadikan laptop perniagaan OLED 14-inci paling ringan di dunia, dengan berat 990g sahaja.

ASUS ExpertBook
Sumber: ASUS

Dengan reka bentuk mesra alam, paparan OLED 16:10 yang cemerlang, kamera berkuasa AI dan noise cancelation untuk pengalaman kerja moden, pemproses Intel® CoreTM Generasi ke-13 terkini dan pelbagai ciri keselamatan gred perusahaan, ExpertBook B9 OLED adalah peranti yang sempurna untuk eksekutif perniagaan. ExpertBook B9 OLED juga disokong oleh sokongan ASUS Carbon Partner Services.

Sumber: ASUS

Ini menyediakan penghantaran end-to-end, kualiti terjamin, pilihan mengimbangi karbon yang fleksibel dan tepat. Inisiatif ASUS Carbon Partner Services bermula tahun ini dengan ExpertBook B9 OLED dan ia menandakan permulaan pelbagai pilihan mengimbangi karbon fleksibel, yang ASUS ada dalam perancangan untuk menyokong kemampanan perniagaan.

Anda boleh lawati laman web rasmi untuk lihat spesifikasi penuh laptop. ASUS ExpertBook B9 OLED kini boleh didapati di Malaysia daripada kedai terpilih pada harga RM 8,999.

ExpertBook B6 Flip (B6602F)

ASUS ExpertBook
Sumber: ASUS

ExpertBook B6 Flip (B6602F) merupakan workstation mobile pertama yang boleh llipat untuk Expert-series.

Workstation mobile berprestasi tinggi ini mempunyai engsel 360° serba boleh direka khusus untuk membantu syarikat seni bina, kejuruteraan dan pembinaan (AEC) menjalankan penyelesaian perisian terkemuka industri seperti 3ds Max®, MicroStation® dan Vectorworks®. 

ASUS ExpertBook
Sumber: ASUS

Dengan kuasa besar yang dibungkus dalam bentuk yang tipis dan boleh diterbalikkan, ExpertBook B6 Flip mengendalikan beban kerja yang kompleks dengan lancar merentas AEC. Ia membantu pengguna menghidupkan konsep reka bentuk melalui perisian BIM seperti ArchiCAD, dengan transition mudah daripada lakaran 2D kepada modelling dan pencetakan 3D melalui alatan seperti Creo® dan Solidworks®, serta mengendalikan aplikasi intensif untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam dan membuat keputusan yang lebih baik, menyampaikan kelebihan yang diperlukan oleh syarikat AEC dalam pasaran kompetitif hari ini.

Sumber: ASUS

ASUS menggunakan bahan mesra alam pada semua peringkat kitaran hayat produk mereka. ExpertBook B6 Flip mempunyai pembungkusan mesra alam, dengan pensijilan FSC untuk semua bahan kertas.

Untuk spesifikasi penuh workstation ini, anda boleh lawati laman web rasminya. ASUS ExpertBook B6 Flip (B6602F) boleh didapati di Malaysia daripada kedai terpilih pada harga RM11,999.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai produk ASUS daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusExpertBook B6 FlipExpertBook B9 OLED
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 5 Tactica – Info Lengkap DLC “Repaint Your Heart Challenge Pack”!

Next Post

Like a Dragon: Infinite Wealth – Sinopsis Cerita & Watak-Watak Penting!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Next Post
Like a Dragon: Infinite Wealth – Sinopsis Cerita & Watak-Watak Penting!

Like a Dragon: Infinite Wealth - Sinopsis Cerita & Watak-Watak Penting!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd