Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed Mirage (PS5) Review — Kembali ke Akar Umbi Francais! Menyelinap di Seluruh Kota Baghdad!

Maira by Maira
October 4, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PS5, Review
0 0
0
Assassin’s Creed Mirage (PS5) Review — Kembali ke Akar Umbi Francais! Menyelinap di Seluruh Kota Baghdad!

Sumber imej: Ubisoft

Share on FacebookShare on Twitter

Assassin’s Creed Mirage (AC Mirage) akan dilancarkan tidak lama lagi dan kami pasti ramai yang tidak sabar untuk meneroka kota Baghdad dalam entri terbaru francais popular, Assassin’s Creed. Kami telah berpeluang untuk mainkannya lebih awal dan berpuas hati dengan entri baharu ini. Ingin tahu mengapa? Teruskan baca review jujur kami untuk Assassin’s Creed Mirage!

Cerita

“Pada abad kesembilan CE, Baghdad kini dalam zaman keemasan, memimpin dunia dalam sains, seni, inovasi dan perdagangan. Di tengah-tengah landskap bandar yang sibuk, anak yatim muda yang mempunyai konflik dengan masa lalu yang tragis mesti mencari jalan untuk terus hidup.” Kita bermain sebagai Basim Ibn Ishaq, seorang pencuri jalanan yang licik dengan penglihatan menakutkan yang mencari keadilan dan jawapan.

Berlaku 9 abad selepas Assassin’s Creed Origins, Assassin’s Creed Mirage membawa kita ke zaman di mana Assassins masih dikenali sebagai Hidden Ones. Walaupun AC Mirage meneroka latar belakang Basim sebagai pencuri muda yang membesar di Baghdad abad ke-9 dan menawarkan kunci baharu untuk memahami watak itu, naratif game boleh dihayati sepenuhnya tanpa pengetahuan awal tentang konteks francais.

Sumber: Ubisoft

Untuk mereka yang main AC Valhalla, kita telah pun bertemu dengan Basim, di mana dia memainkan peranan yang besar ke arah penamat game yang digambarkan sebagai “kisah yang tragis.”

Kini kembali semasa zaman mudanya, Basim meninggalkan Baghdad dan menyertai kumpulan kuno yang dipanggil The Hidden Ones (kini dipanggil Assassin Brotherhood’s) untuk membalas dendam. Dia melakukannya di bawah bimbingan seorang wanita Parsi bernama Roshan dan ditugaskan untuk mencari ahli Order of the Ancients (kini dipanggil Templar Order).

Jalan cerita dalam game ini telah ditetapkan. Jadi anda tidak akan menerima sebarang akibat apabila berinteraksi dengan watak lain. Dunia game ini juga kelihatan sangat kecil jika nak dibandingkan dengan Valhalla. Jadi memang tidak pelik kalau anda boleh habiskannya dalam masa 20 jam.

Sumber: Ubisoft

Stealth & Assassination

AC Mirage membawa semula elemen teras Assassin’s Creed iaitu parkour, menyelinap dan sudah tentu membunuh. Kalau anda suka untuk bertarung tanpa bersembunyi, boleh sahaja lakukannya tetapi Basim sangat lemah. Anda tidak boleh menangkis atau mengelak sepanjang masa seperti Altair atau Ezio. Basim banyak bergantung pada stamina apabila menyerang, menangkis, atau mengelak. Jadi kalau anda tertangkap hanya ada dua pilihan yang anda boleh pilih iaitu lari dan mati sahaja. Walaupun anda mengalahkan semua musuh, terdapat satu sistem dipanggil Notoriety System yang akan membuang sumber atau masa anda. Kami akan ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Sumber: Ubisoft

Terdapat lima alatan lain dalam senjata anda yang penting, seperti blowpipe untuk menidurkan musuh atau perangkap untuk meracun musuh, melontar pisau untuk membunuh musuh dari jarak jauh, bom asap untuk berlari dan mengalih perhatian musuh, pembuat bunyi dan perangkap.

Bercakap tentang stealth, Basim memang sangat mahir, kerana anda boleh membunuh lawan dengan serta-merta tidak kira betapa sukarnya mereka. Basim mempunyai banyak kebolehan unik seperti chain assassinations yang boleh memukul dua musuh sekaligus dalam jarak yang dekat.

Perkara yang kami paling suka tentang assassination ialah keupayaan baharu yang dipanggil Assassin’s Focus. Keupayaan baharu ini membolehkan Basim lakukan chain assassination dengan pantas. Ia mempamerkan ketangkasan dan penguasaan luar biasa oleh Basim. Selain itu, ia juga membolehkan Basim untuk menumpaskan sehingga empat musuh secara berturut-turut. Sekali imbas, ia kelihatan seperti teleportation antara sasaran yang tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan diri mereka.

Sumber: Ubisoft

Ciri pickpocket juga memainkan peranan yang penting untuk mengumpulkan sumber. Ia seperti game mini, kerana ianya mencabar. Untuk pickpocket, akan ada satu garis dan bentuk. Jika anda berjaya hentikan garisan tersebut dalam bentuk tersebut, maka anda berjaya pickpocket sasaran anda.

Sistem Stealth juga tidaklah begitu berulang. Dalam Assassins’ Creed Mirage, untuk selesaikan satu misi stealth ataupun menyelinap, terdapat banyak jalan yang boleh dipilih. Inilah misi Black Box yang disukai oleh ramai peminat.

Sebagai contoh, dalam satu misi anda boleh mengupah “bandit” untuk melawan musuh jika anda ditangkap menyelinap ke pangkalan. Terdapat pilihan untuk membayar seseorang yang sudah mengetahui jalan pintas ke pangkalan. Anda boleh merasuah seseorang untuk menyerang pengawal atau anda sendiri boleh mencari jalan tersebut melalui laluan bawah tanah, bangunan tinggi, semak, menggunakan orang ramai dan lain-lain. Senang cerita, terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk misi-misi stealth ini, jadi anda tidaklah rasa ia berulang-ulang. Bagi peminat stealth, ini memberikan strategi baru dan menjadikannya lebih menarik berbanding sebelum ini.

Sumber: Ubisoft

Parkour

Basim merupakan salah satu protagonis yang pantas dalam siri ini, lebih-lebih lagi dengan kebolehannya yang membolehkannya untuk bergerak melalui Baghdad dengan cepat. Jika dibandingkan dengan game terdahulu, pergerakan parkour kelihatan lebih pantas. Corner swing juga telah kembali, membolehkan anda untuk bergerak dengan licik dan teruskan perjalanan ke arah yang berbeza manakala pole vault membolehkan Basim untuk melepasi kawasan kecil sambil berlari. Ia menggabungkan kedua-dua mekanik lama dan baharu, tetapi ia tidak begitu inovatif.

Sumber: Ubisoft

Reka bentuk bandar juga nampaknya dibina dengan spesifik untuk menggalakkan pemain untuk melakukan parkour dan seluruh kawasan penuh dengan balkoni, pole, tali, timbunan jerami untuk membantu assassin.

Reka bentuk level game juga sangat menekankan bangunan tinggi. Walaupun jalanan kelihatan lebih meriah, pembangun ingin anda cuba panjat bangunan-bangunan tersebut dan meneroka Baghdad dengan ketinggian yang ditawarkan.

Sumber: Ubisoft

Notoriety System

Sistem ini menggalakkan anda untuk menjadi sesenyap yang mungkin. Apabila mencuri, bergaduh mahupun membunuh dalam khalayak ramai, ia akan meningkatkan infamy Basim. Ini bermakna Basim akan lebih mudah diserang apabila dijumpai oleh pengawal. Kadang-kadang rakyat biasa juga akan cuba beri amaran kepada askar jika mereka melihat anda. Terdapat tiga level untuk sistem ini iaitu:

  • Level 1: Pengawal dan NPC lebih berwaspada

Pada level ini, pengawal dan NPC lebih berwaspada. Mereka mempunyai deria yang lebih tajam dan akan meneliti setiap pergerakan anda, menjadikannya lebih sukar untuk anda kekal tanpa disedari. Jika anda mempamerkan sebarang tingkah laku yang mencurigakan, NPC akan segera melaporkan anda kepada pengawal, menjejaskan misi anda.

  • Level 2:  Pemanah kerap meronda di atas bumbung

Pemanah meronda di atas bumbung dan menyokong askar mereka dalam pertempuran dengan menghujani anak panah ke arah anda. Walaupun anak panah mereka boleh ditepis dengan mudah, ia boleh menjadi satu cabaran jika anda dikelilingi oleh lebih ramai pengawal.

  • Level 3: Tentera upahan akan memburu anda
Sumber: Ubisoft

Apabila meter notoriety anda penuh, tentera upahan akan mengejar anda tanpa henti. Pejuang berkemahiran tinggi ini tidak boleh dipandang remeh. Mereka memiliki kelajuan dan kekuatan hebat, menjadikan mereka lawan yang amat sukar. Untuk memburukkan keadaan lagi, mereka juga boleh pulihkan health mereka semasa pertempuran.

Jadi rajinkan diri anda untuk turunkan level notoriety dengan membuang poster di seluruh bandar, ataupun merasuah NPC bernama Munadi. Sejujurnya, ia memakan masa yang banyak dan agak bosan kerana perlu mengulanginya berkali-kali. Jadi kami syorkan anda untuk selesaikan misi dengan bersih.

Sumber: Ubisoft

Walaupun leceh, sistem ini sebenarnya bagus kerana ia memaksa pemain untuk terus bermain secara stealth dan kreatif dalam menyelesaikan masalah dan pembunuhan. Anda masih boleh melawan ramai musuh sekaligus dalam pertempuran terbuka, tetapi terdapat akibat lain melalui sistem notoriety yang memaksa pemain untuk mengekalkan profil rendah.

Aktiviti sampingan & Kemajuan

Kemajuan untuk AC Mirage dibina secara lebih linear dan didorong oleh cerita. Kuasa anda dan perkara yang menentukan kekuatan anda diperolehi dengan mencapai rank Assassin baharu, yang mewakili kuasa Basim. Daripada Initiate, Apprentice, Assassin, mereka boleh dicapai dengan melengkapkan arc yang berbeza daripada cerita utama.

Sumber: Ubisoft

Walaupun stealth digalakkan, terdapat peluang untuk mempersiapkan diri dan mengukuhkan senjata tempur anda. Anda boleh membuka perisai, pakaian dan senjata (pedang & keris) semasa penjelajahan bandar anda dan cerita utama. Anda boleh melawat Blacksmiths atau Taylor untuk menaik taraf senjata atau pakaian anda. Tetapi anda perlu mencari “upgrade recipe” untuk naik taraf item yang diingini. Ini akan membuatkan anda meronda sekeliling peta untuk parkour, mencari chest, stealth dan pembunuhan berulang-ulang.

Sumber: Ubisoft

Terdapat skill tree yang boleh anda isi dengan mata semasa anda maju melalui game. Skill tress ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

  • Phantom (tumpu pada Stealth)
  • Trickster (fokus pada penggunaan Item)
  • Predator (tumpu pada pertempuran dan kemahiran lain yang berkaitan)
Sumber: Ubisoft

Tiada sistem XP seperti di Valhalla, Skill Point hanya boleh diperolehi apabila melengkapkan cerita utama atau menyelesaikan beberapa aktiviti sampingan seperti menyelesaikan World Contract, mencari Lost Book, mengumpul artifak, serpihan, dan aktiviti sampingan yang lain.

Bagi kami, sistem ini akan mendorong anda untuk menjadi lebih efektif, senyap dan pantas apabila menyelesaikan misi. Walaupun anda mengalahkan ramai musuh, tidak akan ada sebarang ganjaran tambahan mahupun XP yang boleh anda dapatkan.

Visual & Persembahan

Seperti yang kami nyatakan dalam preview lalu, grafik serta visual dalam Assassin’s Creed Mirage memang sangat indah. Persekitaran dalam game dicipta untuk menjadi jelas dan rumit dengan grafik yang menakjubkan dan reka bentuk bunyi yang menarik. Jika anda suka game AC asal dan persekitaran Timur Tengahnya, anda akan menikmati game ini kerana perincian dalam seni bina, pakaian dan elemen budaya yang dihasilkan.

Sumber: Ubisoft

Memandangkan ia zaman keemasan Baghdad, ia juga memberikan gambaran tepat tentang agama dan budaya Islam. Contohnya, pakaian yang dipakai watak, bahasa, serta azan yang berkumandang apabila tiba waktu solat. Sudah tentu anda juga akan mendengar salam yang diberikan oleh watak-watak. Tidak dilupakan juga dengan muziknya yang sangat bagus dan sesuai dengan budaya Islam.

Terdapat pelbagai codex yang boleh anda temui sepanjang game yang mengandungi sejarah yang meliputi budaya, aktiviti ekonomi, dan kehidupan seharian manusia pada zaman Khalifah Abbasiyah. Bukan sahaja tapak bersejarah, tetapi objek harian dan budaya yang anda temui juga memberikan penjelasan sejarah tentang cara ia berfungsi, menambah maklumat yang boleh anda pelajari. Objek bersejarah dalam game juga direka bentuk berdasarkan objek asal di muzium, yang memberikan efek realisme pada game. Kami memang tabik kepada pembangun dalam usaha mereka untuk mengekalkan sejarah setepat mungkin untuk Assassin’s Creed Mirage.

Sumber: Ubisoft

Prestasi & Bug

Masih sama seperti tajuk sebelumnya, AC Mirage masih mempunyai dua pilihan grafik:

  • High Framerate yang membolehkan anda bermain pada 60 FPS.
  • Quality untuk mengutamakan resolusi dan ciri graphical fidelity, tetapi framerate hanya 30 FPS

Untuk pengetahuan anda, kami telah bermain game ini di PS5 dan tidak mempunyai sebarang masalah prestasi. Terdapat tiga tahap difficulty yang anda boleh pilih sebelum bermain. Anda juga boleh menukarnya secara bebas melalui menu Setting. Sebagai tambahan, terdapat juga Aim Assist dan untuk anda yang rasa susah untuk pickpocket, boleh gunakan tetapan khas yang akan menjaminkan anda berjaya semasa pickpocket.

Sumber: Ubisoft

Kadang-kadang kami ada juga jumpa beberapa bug. Sebagai contoh, ada dialog yang diulang tanpa sebab. Agak buang masa juga kerana kena tunggu dialog habis untuk selesaikan misi. Kami juga sedar bahawa ada beberapa reka bentuk UI dan item daripada Valhalla atau Odyssey yang dikitar semula dengan skin baharu.

Kesimpulan

Sebagai peminat Assassin’s Creed, kami rasa berpuas hati dengan arahan game yang kembali kepada asal yang fokus kepada gameplay stealth, parkour dan pembunuhan. Ia juga berjaya menggabungkan mekanik stealth klasik dengan combat moden dan ciri yang akan membuatkan peminat daripada semua era francais gembira. Tidak dilupakan juga denga misi Black Box, aktiviti sampingan yang banyak dan beberapa elemen RPG.

Sumber: Ubisoft

Bagi pemain veteran, ini sememangnya satu perkara yang hebat. Tetapi kami rasa pemain baru yang mungkin tidak biasa dengan game yang berasaskan stealth. Ia agak susah pada permulaan game sehinggalah mereka biasakan diri dengan game. Ia betul-betul memaksa pemain untuk mengekalkan profil rendah untuk setiap misi, dan bukan melulu seperti AC Valhalla atau AC Odyssey.

Assassin’s Creed Mirage dilancarkan pada 5 Oktober di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Amazon Luna dan PC melalui Epic Games Store, Ubisoft Store. Kalau anda melanggan Ubisoft+ , anda boleh mainkannya pada hari pertama ia dilancarkan. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Assassin’s Creed daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Assassin's Creed Mirage

8 Score

PROS

  • Kembali ke akar umbi dengan lebih fokus pada stealth, parkour dan pembunuhan
  • Pickpocketing, Assassin's Focus dan sistem Notoriety adalah tambahan yang sangat baik
  • Persekitaran & muzik yang indah
  • Penggambaran agama dan budaya Islam yang tepat

CONS

  • Boleh menjadi sukar untuk pemain baharu atau mereka yang hanya bermain selepas era Origins
  • Masih terdapat beberapa bug yang perlu diperbaiki

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Assassin's CreedAssassin's Creed Mirage
ShareTweetSend
Previous Post

Kolab PADINI & Jujutsu Kaisen kini di Malaysia – baju istimewa harga RM59!

Next Post

Assassin’s Creed Mirage Interview — Rakaman Azan Dilakukan di Singapura!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Assassin’s Creed Mirage Interview — Rakaman Azan Dilakukan di Singapura!

Assassin's Creed Mirage Interview -- Rakaman Azan Dilakukan di Singapura!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd