Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed Mirage Akan Ada Laungan Azan! Berikan Gambaran Tepat kota Baghdad!

Maira by Maira
August 21, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Assassin’s Creed Mirage Akan Ada Laungan Azan! Berikan Gambaran Tepat kota Baghdad!
Share on FacebookShare on Twitter

Game Assassin’s Creed Mirage telah pun mendapat status “gold” pada minggu lepas, malah tarikh pelancarannya diawalkan pada 5 Oktober 2023. Seperti yang didedahkan sebelum ini, entri baharu game akan berlatarkan zaman keemasan kota Baghdad. Dilaporkan bahawa Assassin’s Creed Mirage juga akan mempunyai Azan yang akan berkumandang di kota tersebut.

Perkara ini telah pun dikongsikan oleh Malek Teffaha, pengurus kanan pengurusan projek kepelbagaian, kemasukan dan kebolehcapaian global di Ubisoft melalui akaun Twitter-nya.

Ok.

One of my favorite parts of the new #AssassinsCreedMirage diary that dropped today is the confirmation that indeed you will be able to hear the Athan (أذان), the Muslim call to prayer, within the game world!

A lot of care was put into this game. Less than two months left! pic.twitter.com/uUipE451TW

— Malek T. (مالك) (@malekawt) August 18, 2023

Melalui video pembangun yang melalui Youtube, pasukan pembangun telah mengongsikan bagaimana mereka mereka semula Baghdad semasa abad ke-9. Bukan sahaja kita didedahkan dengan video pendek gameplay, kita juga boleh mendengar bunyi azan yang dilaungkan dalam game.

Melihat usaha yang diberikan Ubisoft dalam memperkenalkan Baghdad dengan lebih tepat, membuatkan ramai orang yang memujinya. Pembangun game, Rami Ismail turut menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama Azan akan disampaikan sepenuhnya dan secara tepat dalam francais hiburan barat.

Kalau “Alhamdulillah” sahaja telah membuatkan ramai pemain yang teruja, nantikan pula elemen Islam lain yang mungkin anda akan jumpai dalam game ini nanti.

Sumber: Ubisoft

Tentang Assassin’s Creed Mirage

Dalam Assassin’s Creed Mirage, anda bermain sebagai Basim, seorang pencuri jalanan yang licik dengan penglihatan ngeri, mencari jawapan dan keadilan. Selepas tindakan pembalasan maut, Basim melarikan diri dari Baghdad dan menyertai organisasi kuno – The Hidden Ones. Sambil dia mempelajari ritual misteri dan pegangan kuat mereka, dia akan mengasah kebolehannya yang unik, menemui sifat sebenar dirinya, dan memahami kepercayaan baharu – yang akan mengubah nasibnya dengan cara yang tidak pernah dia bayangkan.

Sumber: Ubisoft

Bersama-sama Basim ialah Enkidu seekor burung helang yang boleh sasarkan musuh dan sumber. Tetapi berhati-hati kerana terdapat pemanah khas yang akan memanah helang tersebut. Selain itu, terdapat juga watak lain bernama Roshan yang berperanan sebagai mentor kepada Basim.

Sumber: Ubisoft

Apa pendapat anda dengan usaha Ubisoft dalam menyertakan Azan dalam Assassin’s Creed Mirage? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen!

Assassin’s Creed Mirage akan dilancarkan pada 5 Oktober 2023 pada PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC. Untuk mendapatkan berita terkini mengenai Assassin’s Creed daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AC MirageAssassin's CreedAssassin's Creed Mirage
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail versi 1.3 akan tiba 30 Ogos, bawa update ‘Celestial Eyes Above Mortal Ruins’!

Next Post

Singgah Booth ROG x Genshin Impact di AniManGaki 2023! Peluang Menangi Hadiah Khas dan Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Singgah Booth ROG x Genshin Impact di AniManGaki 2023! Peluang Menangi Hadiah Khas dan Banyak Lagi!

Singgah Booth ROG x Genshin Impact di AniManGaki 2023! Peluang Menangi Hadiah Khas dan Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd