PlayStation secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan acara PlayStation 5 yang sebelumnya telah ditetapkan pada 4 Jun. Syarikat itu menyatakan bahawa ini bukan “waktu untuk meraikan”, dan walaupun tidak menyatakannya secara eksplisit, mereka mungkin merujuk kepada protes meluas terhadap isu kekejaman dan perkauman polis setelah kematian George Floyd di Minneapolis, Minnesota.
“Kami telah memutuskan untuk menangguhkan acara PlayStation 5 yang dijadualkan pada 4 Jun. Walaupun kami memahami bahawa para pemain di seluruh dunia sangat teruja untuk melihat permainan PS5, kami tidak merasakan bahawa sekarang adalah masa untuk meraikannya dan buat masa ini, ingin berundur dan membiarkan suara yang lebih penting untuk didengar.”
— PlayStation (@PlayStation) June 1, 2020
Acara yang asalnya dijadualkan pada 4 Jun, sepatutnya akan menampilkan pelbagai permainan video “next-gen“. Pada saat ini, masih tiada apa-apa maklumat tentang tarikh dan waktu baru.
“Saya teruja untuk berkongsi bahawa kami akan memberi anda pandangan pertama untuk permainan yang boleh dimainkan setelah PlayStation 5 dilancarkan pada musim cuti ini. Permainan yang datang ke PS5 mewakili yang terbaik oleh industri daripada studio inovatif di seluruh dunia. Studio, yang besar dan kecil, yang baru dan yang lama, semuanya telah berusaha keras untuk membangunkan permainan yang menunjukkan potensi perkakasan. ” kata presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan semasa pengumuman awal.
PlayStation 5 dirancang untuk keluar pada Holiday 2020 (hujung tahun), walaupun tidak ada tarikh pelepasan tepat. Anda boleh melihat semua liputan PlayStation 5 kami sebelumnya di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post