Baru sahaja kita lihat luahan hati daripada artis VFX yang penat bekerja dengan Marvel, nampaknya hal itu tidak berhenti di situ sahaja. Kali ini, lebih ramai artis VFX yang tampilkan diri dan memberitahu bahawa Marvel telah buli banyak syarikat VFX. Dengan pelbagai projek besar Marvel yang akan datang, sudah boleh bayang bagaimana perasaan semua artis yang bekerja untuk studio itu.

Melalui Vulture, seorang artis VFX telah mendakwa bahawa Marvel kekurangan staf untuk projek mereka. Bukan setakat itu sahaja, dia juga berkata bahawa studio itu sering meminta perubahan pada VFX sepanjang proses pembangunan. Walaupun tarikh tayangan berbaki beberapa bulan, Marvel masih meminta VFX ditukar. Sampai ada satu studio VFX kena senarai hitam oleh mereka kerana lambat menyiapkan kerja yang diberikan..

Artis itu juga menuntut bahawa direktor filem tidak mengetahui semua kerja-kerja yang dilakukan semasa penghasilan VFX. Malah, Marvel juga kadang-kadang meminta pasukan VFX untuk sediakan draf untuk pengarah filem lihat visual beberapa adegan. Ini sudah tentu memakan masa yang banyak dan memberikan tekanan yang berat kepada mereka yang turut serta dalam projek itu, lebih-lebih lagi dengan jadual yang ketat.
Dia berpendapat bahawa pengarah filem perlu belajar serta melatih diri dengan VFX untuk memberikan visi yang lebih baik. Tambahnya lagi, bukan semua syarikat lain mempunyai kuasa buli yang sama seperti Marvel.
Daripada luahan tersebut, rasanya kalau Marvel kurangkan sikit projek mereka, mungkin ia tidak akan membebankan semua artis di bawah mereka. Ramai juga peminat yang tidak akan berpuas hati dengan hasil VFX yang biasa-biasa sahaja. Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah berbaloi kerja di bawah Marvel, dengan jadual yang ketat tetapi bayaran tidak setimpal pula? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post