Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Artis Malaysia Karmen Loh Hasilkan Seni Utama Untuk Pokemon Championships 2023-24 Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2024
in Artikel, Berita, Game, Tempatan
0 0
0
Artis Malaysia Karmen Loh Hasilkan Seni Utama Untuk Pokemon Championships 2023-24 Malaysia

Kredit: The Pokemon Company | Karmen Loh

Share on FacebookShare on Twitter

Seni utama untuk Pokemon Championships 2023-24 Malaysia telah didedahkan dan menampilkan artis Karmen Loh daripada Malaysia sebagai pencipta kepada ilustrasi yang cantik itu.

Memandangkan fasa kelayakan untuk Pokemon Championships 2023-24 Malaysia kini berjalan, seni utama untuk kejohanan itu akhirnya telah didedahkan.

Kredit: The Pokemon Company | Karmen Loh

Tahun ini, seni utama dilukis oleh Karmen Loh, artis Malaysia yang terkenal dengan karya seni semi-realistik dengan sentuhan fantasi.

Karmen Loh telah bekerja sebagai artis “character concept” dalam industri gaming, di mana dia pernah menyumbangkan seninya kepada judul-judul seperti ‘Street Fighter V’.

Selepas bertukar kepada pekerja bebas, dia juga telah mencipta ilustrasi visual utama untuk Costa China, serta ilustrasi muka depan buku untuk pelbagai syarikat penerbitan seperti HarperCollins, Hachette Books dan banyak lagi.

Image Credit: Karmen Loh

“Saya amat berbesar hati untuk mengerjakan seni utama ini kerana seluruh keluarga saya adalah peminat Pokémon! Sebagai anime dan peminat budaya Jepun, mengerjakan Pokémon sememangnya menyeronokkan dan mengujakan,” kata Karmen Loh. “Ini juga berbeza daripada yang biasa saya lakukan, oleh itu ia menyegarkan, dan saya menghargai peluang itu. Pokémon dicipta dengan penuh kasih sayang, saya harap semua orang akan menyukai seni utama ini!”

Dalam ilustrasi, Pikachu, Ogerpon, Roaring Moon, dan Iron Valiant ialah fokus besar dalam seni utama, dan mereka ditemani buat kali pertama oleh watak manusia.

Kedua-dua watak mewakili game Pokemon di mana seorang gadis memegang Nintendo Switchnya untuk permainan video manakala seorang budak lelaki mempunyai kad Pokemon di tangannya untuk mewakili TCG.

Selain daripada seni utama, ilustrasi Karmen juga dipaparkan pada pelbagai hadiah dalam kejohanan itu.

Kredit: The Pokemon Company
Kredit: The Pokemon Company
Kredit: The Pokemon Company

Selepas mendedahkan seni utama, penganjur mengatakan yang berikut:

Kepada semua Pokémon Trainer,

Kami di The Pokémon Company ingin lebih ramai orang merasai keseronokan yang datang daripada permainan kompetitif peringkat tinggi yang dilihat sepanjang Championship Series, daripada pemain yang meletakkan fokus mereka di tempat teratas World Championships.

Kami juga ingin memberi lebih ramai pemain di Asia peluang untuk bersaing dalam Pokémon World Championships – bermula dengan lebih banyak kawasan yang telah diperolehi untuk Worlds 2024. Salah satu peluang tersebut ialah Pokémon Championships; dan seni utama ini telah diilhamkan dengan keghairahan dan keseronokan yang sesuai untuk majlis yang besar itu.

Kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada artis Malaysia Karmen Loh atas pencapaiannya sebagai ilustrator seni utama untuk Pokemon Championships 2023-24 Malaysia. Jika anda ingin melihat lebih banyak karya seninya, anda boleh melihat media sosialnya yang berikut:

  • Instagram
  • Twitter
  • ArtStation

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Pokémon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Karmen Lohpokemon
ShareTweetSend
Previous Post

Tales of Kenzera: ZAU Review (PS5) — Membawa Estetika Unik Serta Penceritaan Menarik

Next Post

Metaphor: ReFantazio Bakal Lancar Pada Oktober 2024! Sistem Gameplay Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Metaphor: ReFantazio Bakal Lancar Pada Oktober 2024! Sistem Gameplay Didedahkan!

Metaphor: ReFantazio Bakal Lancar Pada Oktober 2024! Sistem Gameplay Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd