Game baharu EA “Tales of Kenzera: ZAU” akan dilancarkan tidak lama lagi. Kalau anda ingin tahu, game ini merupakan salah satu tajuk original daripada EA. Dibangunkan oleh Surgent Studios, kita akan mengikuti kisah Zau dalam pengembaraan baharu ini. Tanpa membuang masa, berikut adalah review penuh kami untuk game ini.
Cerita
Berdasarkan kisah yang ditulis oleh seorang bapa untuk anak lelakinya yang melalui waktu kesusahan setelah kehilangan orang kesayangannya. Game ini fokus kepada kisah seorang Shaman yang bernama Zau, yang satu hati telah membuat perjanjian dengan Kalunga, Dewa Maut untuk hidupkan kembali bapanya. Untuk mencapai matlamatnya itu, Zau perlu membuatkan tiga Great Spirit yang menentang Kalungan untuk menyerahkan diri kepada Dewa Maut itu, yang juga menjadi panduan anda sepanjang pengembaraan epik ini.
Interaksi akan kedua-dua watak ini memberikan satu pengalaman luar biasa untuk genre metroidvania, di mana watak anda sentiasa senyap dan hadapi pengembaraan secara solo. Manakala Kalungan pula tidaklah memberikan apa-apa pada gameplay. Kehadirannya di sisi Zau hanyalah untuk membuatkan suasana meriah sedikit. Antara komponen utama Tales of Kenzera: ZAU ini adalah ia mempersembahkan cerita yang terasa lebih peribadi berbanding tumpuan pada gameplay sahaja.
Game Metrovania dengan Estetika Menarik
Dengan fokus pada tetapan yang bertemakan tradisi Afrika, game ini juga memberikan lakonan suara Kiswahili selain daripada bahasa Inggeris. Ini bermakna anda boleh mainkan Tales of Kenzera: ZAU dalam bahasa yang sering digunakan di Afrika terutamanya di wilayah seperti Tanzania, Kenya dan Uganda.
Reka bentuk watak serta dunianya juga membawakan gaya estetika yang dihasilkan dengan begitu baik. Dengan gabungan fantasi pada game, ia memberikan sebuah dunia yang mempunyai persekitaran yang menguatkan elemen Shaman dalam game.
Gameplay
Bercerita tentang gameplay pula, Tales of Kenzera: ZAU berjaya memenuhi kualiti yang diharapkan untuk game metroidvania yang mantap, terutamanya daripada segi kawalannya yang sangat lancar dan responsif, terutamanya apabila berhadapan dengan cabaran platforming dan pertempuran pantas. Keunikan utama bahagian ini ialah keupayaan Zau menggunakan kuasa Mask of the Moon yang dikhususkan untuk gaya pertempuran jarak jauh dan Mask of the Sun untuk pertempuran jarak dekat.
Anda boleh bertukar antara kedua-dua mask pada bila-bila masa mengikut situasi dan walaupun nampak agak mudah, lama kelamaan anda akan disajikan dengan lebih banyak kemahiran yang meningkatkan lagi keupayaan setiap topeng. Contohnya, Mask of the Moon juga boleh menembak peluru Bamba’s Stone untuk membekukan musuh, atau ia boleh menjadi aliran air apabila berada di platform. Setiap kali anda memberikan damage kepada musuh, anda boleh mendapatkan Spirit Bar yang digunakan untuk memulihkan HP atau melancarkan serangan ultimate, manakala setiap musuh yang anda lawan akan memberikan tenaga (Ulogi) untuk terkumpul menjadi skill point.
Bercerita tentang kesukarannya, kami rasa Tales of Kenzera: TAU agak sederhana, tidak kiralah untuk cabaran platforming sehinggalah gerombolan musuh yang perlu ditumpaskan. Kadang-kadang terdapat musuh yang mempunyai armor dan imun kepada stagger. Jadi anda perlu menjadi lebih berhati-hati apabila melawan mereka dengan menembusi pertahanan mereka dahulu sebelum bermain dengan lebih agresif pada jarak yang dekat.
Anda juga boleh menguatkan Zau dengan kuasa daripada Trinkets yang boleh didapatkan selepas menyelesaikan cabaran platforming yang boleh dipilih. Tetapi penggunaan Trinket hanya terhad kepada satu sahaja dan hanya boleh di akses melalui workbench di beberapa tempat di level tersebut. Berkenaan reka bentuk level pula, kami rasa ia tidak memberikan penangan yang kuat kerana walaupun ia sudah cukup untuk memudahkan gameplay yang menarik, suasana dan nuansanya kelihatan hambar.
Terdapat beberapa segmen boss battle yang terasa menyeronokkan, tetapi daripada segi kandungan game, ianya terhad dan sesuai dengan harga game ini. Ia mempunyai banyak potensi yang boleh dimaksimumkan, tetapi jelas sekali Surgent Studios cuba untuk mengekalkan jangkaan melalui game yang mempunyai asas yang mencukupi sebagai pembangun baru. Tetapi untuk dapat berdiri dan bersaing dengan game Metroidvania terbaik di pasaran, Tales of Kenzera: ZAU masih mempunyai kekurangan.
Kesimpulan
Tales of Kenzera: ZAU memberikan kami gambaran penuh untuk premisnya. Kami tidak menjumpai perkara yang begitu menyerlah, yang mampu memberikan kejutan semasa bermain. Walaupun begitu, reka bentuk level game ini lebih menarik dan mencabar, termasuklah beberapa boss battle.
Bagi kami, Tales of Kenzera: ZAU telah dihasilkan dengan baik oleh Surgent Studios lebih-lebih lagi melihat projek yang dihasilkan pada skala kandungan yang lebih terhad dan juga berharga untuk harga yang berpatutan. Tetapi jika anda peminat tegar genre ini serta mencari game baharu dan ingin mencuba sesuatu dengan gaya tulen yang tersendiri, maka game ini memang kami syorkan untuk anda mainkan!
Tales of Kenzera: ZAU akan tersedia pada 23 April 2024 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC. Untuk membawa review lain kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Tales of Kenzera: ZAU
PROS
- Lebih fokus pada kandungan cerita berbanding gameplay Metroidvania
- Interaksi antara Zau dan Kalunga memeriahkan suasana game
- Mempunyai keaslian yang sangat kuat, termasuk pilihan lakonan suara Kiswahili
- Rekaan level membosankan walaupun kualiti grafik yang menawan
CONS
- Untuk standard game Metroidvania, game ini bukanlah sesuatu yang istimewa
- Kekurangan replayability
Discussion about this post