Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Artis Kengan Ashura Anggap Terjemahan Rasmi Terlampau Teruk, Lagi Sokong Terjemahan Peminat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Artis Kengan Ashura Anggap Terjemahan Rasmi Terlampau Teruk, Lagi Sokong Terjemahan Peminat
Share on FacebookShare on Twitter

Artis Kengan Ashura, Daromeon, mendedahkan bahawa penterjemahan rasmi Bahasa Inggeris, yang sepatutnya manga gunakan, terlampau teruk dan tidak natural sehingga dia memaksa pihak penerbit untuk mengupah kumpulan penterjemah haram untuk mengerjakan manga tersebut.

Berita ini didedahkan oleh Daromeon di media sosial X. Dia berkata:

ケンガンの英語翻訳がちょっと特殊で
無断で翻訳して違法にアップしてたアマチュア集団に任せる事になりました。公式で用意したものよりそっちの方が圧倒的に翻訳がよかったから。…

— だろめおん🖋 (@daromeon) May 6, 2024

“Terjemahan Bahasa Inggeris untuk Kengan agak unik, jadi kami memutuskan untuk menyerahkannya kepada sekumpulan amatur yang menterjemahnya tanpa kebenaran dan memuat naiknya secara haram. Terjemahan mereka jauh lebih baik daripada terjemahan rasmi.”

“Ia akan menjadi agak buruk jika mereka menggunakan versi rasmi. Tiada siapa yang akan membacanya. Saya rasa terdapat banyak karya yang tidak mendapat sambutan di luar negara kerana isu terjemahan. Saya tertanya-tanya bagaimana keadaan itu dengan AI.”

Kredit: Shogakukan

Dia menjelaskan hal ini dengan lebih terperinci melalui temu ramah bersama Bounding Into Comics, di mana artis Kengan Ashura itu berkata:

“Terjemahan pertama yang saya lihat cukup bagus sebagai terjemahan, seperti ia dibuat sebagai sebahagian daripada peperiksaan Bahasa Inggeris untuk sekolah, tetapi ia tidak natural untuk baca. Saya terpaksa mencetak kedua-dua, perkara yang mereka tunjukkan kepada saya dan versi cetak rompak, dan tunjukkan kepada editor saya secara bersebelahan untuk menerangkan betapa lebih lancar terjemahan peminat berbanding salinan ‘rasmi’.”

Kredit: Shogakukan

Comikey (syarikat yang menguruskan Kengan Ashura Bahasa Inggeris) kemudian mengesahkan dengan Bounding into Comics bahawa “terjemahan awal untuk Kengan yang dibincangkan di sini tidak dilakukan oleh pasukan penterjemah Comikey, tetapi merupakan terjemahan AI yang dilakukan oleh Mantra.”

Kredit: Shogakukan

Bagi mereka yang tidak tahu, Kengan Ashura ialah siri manga Jepun yang ditulis oleh Yabako Sandroovich dan diilustrasikan oleh Daromeon. Ia disirikan di laman web Ura Sunday terbitan Shogakukan dari April 2012 hingga Ogos 2018. Sekuelnya, bertajuk Kengan Omega, bermula pada Januari 2019. Ia diadaptasikan menjadi siri anime dan ditayangkan pada Julai 2019 di Netflix diikuti oleh musim pada September 2023.

Sinopsis

Sejak zaman Edo, syarikat paling berpengaruh di Jepun telah menyelesaikan konflik mereka melalui pertempuran gladiator tanpa senjata yang kejam. Bagi memudahkan perlawanan ini, sebuah pertubuhan bawah tanah yang dikenali sebagai Kengan Association telah diwujudkan.

Ohma Tokita, seorang lelaki yang digelar “The Ashura,” berusaha untuk menjadi pahlawan terkuat. Untuk berbuat demikian, dia menjadi pahlawan Kengan untuk sebuah syarikat bernama Nogi Group. Tidak lama selepas itu, Kazuo Yamashita, seorang pekerja, diminta untuk menjadi pengurus Ouma. Kini dilemparkan ke dalam arena yang mengerikan, adakah pasangan ini dapat bertahan dalam dunia Kengan yang kejam?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kengan Ashuramanga
ShareTweetSend
Previous Post

Metaphor: ReFantazio Dedah Battle System, Archetype & Banyak lagi

Next Post

Solo Leveling: ARISE Kini Di Mobile & PC – Download Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Solo Leveling: ARISE Kini Di Mobile & PC – Download Sekarang!

Solo Leveling: ARISE Kini Di Mobile & PC - Download Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd