Baru-baru ini, Arknights sebuah permainan mobile telah disahkan akan mendapat adaptasi TV anime dan kini dalam proses penghasilan. Dibangunkan oleh pemaju China, Hypergryph, Arknights adalah permainan mobile tower defence yang percuma untuk dimainkan. Pembangun mengeluarkan permainan di seluruh dunia pada Januari 2020 untuk iOS dan Android. Sejak itu, permainan Gacha itu telah meraih jutaan pemain kerana seni, permainan dan pendekatan kompetitifnya.
Ramai pemain mendengar khabar angin mengenai adaptasi anime untuk permainan ini dan ternyata khabar angin tersebut adalah benar. Berita itu telah disahkan apabila akaun twitter Rasmi Arknights telah melepaskan berita mengenai adaptasi anime tersebut dan menyatakan ia dalam penghasilan. Lebih menarik lagi kenyataan rasmi itu telah dikeluarkan menyatakan bahawa musim pertama sedang dihasilkan dan bertajuk “Prelude to Dawn”. Bukan setakat itu sahaja, akaun itu juga melepaskan trailer untuk siri itu.
Seperti disebutkan dalam Tweet rasmi, anime itu dihasilkan oleh Yostar Pictures. Studio animasi dalaman Yostar yang sebelum ini mengeluarkan anime Arknights selama 10 minit khas untuk Krismas 2020. Animasi itu bertajuk “Holy Knight Light” dan menampilkan cerita pendek pengendali daripada permainan video itu. Dan kini, studio yang sama sedang mengusahakan anime TV Arknights yang sememangnya membuatkan komuniti tidak sabar untuk menonton anime ini.

Sudah tentu, ia menarik bahawa adaptasi anime yang lama ditunggu-tunggu sedang dalam penghasilan tetapi kita masih tidak mengetahui tarikh rasmi pelancaran untuk anime Arknights. Walaupun begitu, studio tersebut pasti akan melepaskan lebih banyak maklumat mengenai anime tersebut pada bulan akan datang bersama-sama dengan pelakon suara untuk watak-watak. Sudah semestinya ramai tidak sabar untuk mengetahui watak “Doctor” yang akan kita temui dalam anime itu.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini, anda boleh lawati laman web rasmi permainan dan jika anda inginkan liputan lain mengenai anime, anda boleh klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post