Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ark: Survival Ascended Tunjuk Gameplay Pertama, Kini Tersedia Di Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2023
in Artikel, Berita, Game Baru, Multiplayer, PC, PS5, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Ark: Survival Ascended Tunjuk Gameplay Pertama, Kini Tersedia Di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, studio Wildcard telah mendedahkan gameplay pertama untuk ARK: Survival Ascended semasa siaran langsung Xbox Partner Preview, dan mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan game serba baharu ini ke Steam, dan tidak lama lagi untuk Xbox Series X|S dan PlayStation 5.

Sempena itu, anda boleh menonton dahulu gameplay di bawah untuk gambaran umum:

Gameplay umum Ark: Survival Ascended – Cipta Survivor, bentuk kaum sendiri, dan kemudian jinak, melatih, membiak & menunggang dinosaur dalam ekosistem baru. Pantau makanan, air, suhu dan corak cuaca. Perlahan-lahan kembangkan penempatan ke luar dan mula menuai, bina struktur, tanaman ladang, sambil customize setiap reka bentuk visual dan teruskan meneroka untuk mendedahkan rahsia sebenar The Island dan dunia seterusnya.

Kredit: Wildcard

Daripada segi penambahbaikan berbanding game sebelum, ARK: Survival Ascended ialah remake bagi permainan ARK: Survival Evolved dan memanfaatkan kuasa canggih Unreal Engine 5 untuk peningkatan besar pada visual dan gameplay.

Antaranya termasuk:

Kredit: Wildcard

Sistem fizik canggih seperti air dinamik supaya setiap makhluk akan mencipta gelombang, percikan dan buih semasa bergerak melalui cecair dan dedaun fizikal interaktif sepenuhnya di mana setiap helai rumput, semak dan pokok bertindak balas terhadap watak, letupan, peluru, dan objek fizik. Pemain boleh tumbangkan sebatang pokok dan lihat ia merempuh pokok lain dan mengganggu dedaun dan rumput di bawah. Pada masa yang sama, pemain boleh runtuhkan bangunan dan lihat kepingan itu pecah secara realistik, berinteraksi dengan rumput dan air semasa ia jatuh.

Kredit: Wildcard

Bukan itu sahaja, beberap penambahbaikan QOL telah ditambah yang merangkumi User Interface yang direka bentuk semula, navigasi dinamik untuk pencarian makhluk secara pintar, Wild Babies, Photo Mode, sistem Camera baharu, sistem Map baharu, Sistem Tracking , Struktur dan Item baharu, Makhluk baharu dan banyak lagi.

Studio Wildcard juga memilih Overwolf untuk membawa cross-platform modding ke ARK: Survival Ascended melalui platform CurseForge. Buat pertama kalinya, mod yang dibuat pada PC turut dapat dijalankan pada konsol, lantas meluaskan jangkauan modder dengan ketara dan meningkatkan pengalaman gaming untuk pemain di platform yang berbeza. Di sini, pemain dapat memuat turun dan mainkan content yang dibuat oleh pemain, termasuk peta, makhluk, item dan game mode baharu, melalui Mod-browser di dalam permainan!

Kredit: Wildcard

Untuk aspek multiplayer, game ini menyokong lobi online multiplayer sehingga 70 pemain, sesi private boleh tampung sehingga 8 pemain dan local split-screen boleh tampung untuk 2 hingga 4 pemain. Di samping itu, pemain boleh mencipta “tribe online” merentas semua platform berbeza dan bekerjasama untuk berkembang maju.


Bagi mereka yang berminat, ARK: Survival Ascended tersedia hari ini di Steam dan akan hadir ke Xbox Series X|S dan PlayStation 5 pada bulan November.

Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ARK: Survival AscendedGameplaysteam
ShareTweetSend
Previous Post

Metal Gear Solid Delta: Snake Eater – Membawa Game 2004 Ke 2023, Grafik Realistik Habis

Next Post

Interview bersama MenaRD — Nasihat Kepada Pemain Kompetitif Baru Street Fighter! [gamescom asia 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Interview bersama MenaRD — Nasihat Kepada Pemain Kompetitif Baru Street Fighter! [gamescom asia 2023]

Interview bersama MenaRD -- Nasihat Kepada Pemain Kompetitif Baru Street Fighter! [gamescom asia 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd