Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arcane Season 2 Dijadualkan untuk Tayangan pada Hujung Tahun 2024!

Maira by Maira
September 4, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Arcane Season 2 Dijadualkan untuk Tayangan pada Hujung Tahun 2024!

Sumber: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama menyepi, tiba-tiba keluar pengumuman baharu mengenai siri animasi popular, Arcane! Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton sambungan kepada kisah Vi dan Jinx. Baru-baru ini, ada berita yang mengatakan bahawa Arcane season 2 akan ditayangkan pada 2024. Perkara ini telah didedahkan semasa acara Tencent Video V Vision Conference.

ARCANE Season 2 Release Date Revealed | #LeagueOfLegends
It has been revealed at the 2024 Tencent Video V Vision Conference that ARCANE Season 2 will premiere in Q4 (Winter) 2024.#Arcane pic.twitter.com/AZB5OeSxzC

— League of Legends Leaks & News (@LeagueOfLeaks) September 1, 2023

Melalui pengumuman tersebut, Arcane season 2 dijadualkan untuk tayangan pada musim sejuk 2024, bermakna ia mungkin ditayangkan pada akhir tahun 2024. Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Riot Games, Nicolo Laurent telah menjelaskan bahawa Arcane tidak akan dikeluarkan pada tahun 2023. Jadi agak logik juga jika musim baharu ini ditayangkan pada tahun hadapan.

Agaknya sudah berapa episod yang telah disiapkan untuk musim baharu ini? Pada April lalu kita telah didedahkan bahawa tiga episod sudah pun disiapkan malah ditonton oleh CEO Riot Games.

Sumber: Netflix

Walaupun tidak banyak maklumat yang didedahkan, tetapi yang pasti watak-watak daripada musim pertama akan kembali untuk musim baharu ini. Memandangkan terdapat pelbagai perkara yang tidak terjawab dalam musim pertama, mungkin banyak persoalan tersebut akan dijawab nanti. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman baharu mengenai Arcane season 2 pada masa akan datang.

Sumber: Netflix

Tentang Arcane

Arcane merupakan animasi yang berdasarkan dunia League of Legends, dan menyelidik beberapa masalah yang kompleks. Ia akan meneroka keseimbangan antara bandar Piltover yang kaya dan kawasan Zuan yang kurang bernasib baik. Penciptaan “hextech” membolehkan seseorang untuk mengawal tenaga ajaib dan ini mengancam keseimbangan antara kedua tempat tersebut. Arcane disediakan untuk meneroka beberapa konsep dari League of Legends dengan lebih mendalam, dan tersedia sebagai kisah yang rumit dan penuh dramatik.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Arcane, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ArcaneArcane season 2League of legends
ShareTweetSend
Previous Post

Kimi ni Todoke Kembali dengan Musim 3 pada 2024! Eksklusif di Netflix!

Next Post

Tonton Lawak Kampus School Daze sekarang di YouTube! Komik kegemaran Malaysia ada animasi sendiri!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Tonton Lawak Kampus School Daze sekarang di YouTube! Komik kegemaran Malaysia ada animasi sendiri!

Tonton Lawak Kampus School Daze sekarang di YouTube! Komik kegemaran Malaysia ada animasi sendiri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd