Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends: Revelry — Musim 16 Hadir Dengan Penuh Kemeriahan Ulang Tahun!

Maira by Maira
February 7, 2023
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5
0 0
0
Apex Legends: Revelry — Musim 16 Hadir Dengan Penuh Kemeriahan Ulang Tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim terbaru Apex Legends akan datang tidak lama lagi. Walaupun tiada Legend baru yang diperkenalkan, tetapi ada beberapa legendary yang akan diperkenalkan bersama-sama class remastered. Nak tahu lebih lanjut tentang benda baharu untuk musim 16 Apex Legends, teruskan membaca!

Sumber: Apex Legends

Mode baru

Arenas Sunset

Sebelum mula, mesti ada yang ingin panaskan badan dahulu betul tidak? Alang-alang boleh bawa kawan baharu biasakan diri dengan gameplay Apex Legends. Jadi ada sesuatu yang lebih santai untuk anda mainkan pada awal musim dengan Team Deathmatch dan Mixtape Rotation.

  • Team Deathmatch: Pemain akan sertai skuad dan masuk ke 6v6 match, di mana mata dikumpulkan dengan membunuh lawan dan pasukan yang menang pusingan akan menang.
  • Mixtape Rotation: Selepas Revelry lancar, Mixtape Rotation pula akan hadir untuk dimainkan. Ciri baharu ini akan memberikan pemain lebih banyak cara untuk bersaing dengan pelbagai mode tersedia termasuklah Team Deathmatch, Control dan Gun Run. Mode ini akan hadir setelah tiga minggu pelancaran musim 16 Apex Legends.
Apex Legends 16

Kelebihan pemain baru

Orientation Matches System

Ini merupakan sistem terbaharu diperkenalkan untuk pemain-pemain baharu. Dengan ini, lebih mudah untuk mereka mengenali mekanik teras Apex Legends. Bawa rakan atau main solo dan hapuskan beberapa bot sebelum sertai match biasa.

Ganjaran log masuk

Setiap pemain akan menerima bonus log masuk selama dua minggu. Bermula daripada 14 Februari sehingga 21 Februari, Cyrpto akan dibuka secara automatik dengan Thematic Pack. Log masuk pada 21 Februari sehingga 28 Februari untuk buka Ash serta Ash Pack.

Welcome Challenge

10 cabaran baharu akan diperkenalkan untuk membantu pemain baharu mempelajari mekanik dalam Apex seperti shield swapping, hancurkan pintu dan banyak lagi. Cabaran ini bukan sahaja untuk pemain baharu sahaja, pemain lama turut mempunyai akses untuknya. Lengkapkan kesemua cabaran untuk mendapatkan 101 badge dalam koleksi anda.

Apex Legends 16

Senjata baru

Revelry memperkenalkan Nemesis, Assault Rifle baharu yang melepaskan empat das tembakan setiap letupan. Dengan burst delay yang mengurangkan masa antara letupan dan mensimulasikan senjata automatik sepenuhnya, Nemesis pasti akan menjadi pengubah game.

Kemas kini Firing range

Dalam Firing Range, ia akan menambah lebih banyak ciri untuk membolehkan pemain mengesan serta kemahiran game dengan lebih berkesan. Pertama, anda boleh tetapkan pergerakan seperti dummy, kelajuan pergerakan dan perisai. Anda juga boleh melihat prestasi tembakan, dengan paparan yang menunjukkan pusingan, damage, headshot, kill dan hit rate. Peluru juga tiada hadnya.

Apex Legends 16

Sambutan ulang tahun

Pelbagai acara serta kandungan komuniti baharu untuk dinikmati oleh semua pemain. Setiap peta dalam game akan mempunyai hiasan ulang tahun dan acara kegemaran pemain juga akan dibawa kembali. Nak tahu acara itu? Kenalah main musim terbaharu ini!

Untuk membaca segala liputan kami tentang Apex Legends, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsApex Legends 16Apex Legends: Revelry
Previous Post

[Review] Hogwarts Legacy – Dunia wizard cukup sempurna dengan serangan magis tanpa henti!

Next Post

“404 GAME RE:SET” Diumumkan, Game Mobile Terbaru SEGA Bersama Pencipta NieR: Automata!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“404 GAME RE:SET” Diumumkan, Game Mobile Terbaru SEGA Bersama Pencipta NieR: Automata!

"404 GAME RE:SET" Diumumkan, Game Mobile Terbaru SEGA Bersama Pencipta NieR: Automata!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd