Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends mendedahkan lebih lanjut mengenai kemas kini terbaru!

Maira by Maira
October 29, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Apex Legends mendedahkan lebih lanjut mengenai kemas kini terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini utama terkini untuk Apex Legends mengalu-alukan pemain ke pantai indah Storm Point. Legend kini memperoleh percutian mereka tetapi nampaknya percutian itu bukanlah seperti yang dijangka dengan prowler dan labah-labah gergasi di peta pulau baru itu. Ash, pengawas Arena, memasuki Apex Games sebagai Legend terbaru selepas memutuskan ingin membuktikan dirinya sebagai Apex Predator sebenar. Seorang yang mahir dalam pertarungan fizikal dan mental dengan kebolehannya yang boleh menghalang Legend lain daripada melarikan diri.

Senjata kegemaran peminat, CAR SMG dari Titanfall telah ditambahkan pada senjata Apex Legends yang menyediakan senjata serba boleh yang boleh digunakan untuk tugas ringan atau berat. Pemain juga boleh menantikan pelbagai ganjaran baharu untuk diperoleh melalui Battle Pass yang serba baru.

Storm Point – Peta terbaru Apex Legends

  • Terletak di planet Gaia, Storm Point peta keempat Apex Legends pernah menjadi koloni tenaga untuk IMC dan runtuhan itu kekal. Ramai yang telah mencuba untuk membuat rumah di sini tetapi semuanya telah gagal.
  • Peta terbesar, 15% lebih besar daripada World’s Edge.
  • Storm Point menampilkan pelbagai jenis susun atur yang pelbagai, daripada pulau tropika kepada gelongsor gunung gergasi yang membolehkan Legends bermain lebih tinggi daripada ketinggian pesawat dalam peta sebelumnya.
  • Dengan 17 tempat menarik utama pada peta, Legends kini mempunyai lebih banyak kawasan untuk ditemui — semuanya dengan gaya unik dan pelbagai yang direka untuk pemain yang kompetitif dan kasual.
  • Gravity Canon baru melonjakkan pemain ke lokasi yang mengehadkan pergerakan tetapi membenarkan mereka mengakses senjata dan kebolehan mereka untuk menurunkan ketakutan dari atas.
  • Sekeliling pulau itu pula bahaya berpusing dengan memperkenal hidupan liar termasuk prowler dan labah-labah berbisa menyediakan pemain dengan sasaran baru untuk mendapatkan rampasan semasa mereka meneroka pulau itu.

Ash – Legend baru Apex Legends

Seorang Legend baru dengan wajah yang dikenali, Ash telah mengawasi Arena dari bayang-bayang dan memegang erat hati Pathfinder. Simulacrum yang dicipta dari seorang wanita, Dr. Ashleigh Reid. Dia kini bertekad untuk menghapuskan setiap kesan kelemahan yang menghalangnya semasa dia masih manusia.

Mudah untuk berfikir bahawa tidak ada manusia yang tinggal di dalam keluli sejuk itu dengan kebolehan yang termasuk:

RelatedPosts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

  • Pasif – Marked for Death: Ikon Deathbox muncul pada skrin peta mini dan peta penuh Ash apabila pemain mati.
  • Taktikal – Arc Tether: Peluru yang mengejutkan musuh untuk sedikit kerosakan dan akan “menambat” mereka ke tanah.
  • Ultimate – Phase Breach: Menghasilkan portal berdasarkan garis penglihatan Ash.

CAR SMG – Senjata baru

Apabila Legends berada di tempat yang berbahaya, mereka memerlukan senjata berbahaya. Senjata yang fleksibel: temui C.A.R. SMG yang mampu menebak kedua-dua light dan heavy ammo. Combat Advanced Round SMG adalah automatik sepenuhnya dan mampu meletakkan 846 RPM. Dengan jumlah recoil yang bagus, ini bukan senjata untuk spray dan pray.

Battle Pass Baru

Bersedia untuk mengatasi bahaya di Storm Point dengan mendapatkan skin dan item baru dari Escape Battle Pass. Masuk ke arena dengan bergaya selepas mengumpul skin baharu yang termasuk Desert Mirage, Gibraltar’s Legendary Glorious Combatant dan Wraith’s Epic Vision Walker. Pada level 100, Legends boleh membuka Pipe Dream dan Fatal Attraction Reactive Prowlers, dengan banyak ganjaran menarik lain di sepanjang jalan: Pek Muzik, Skrin Loading, Skydive Emotes, Quips dan banyak lagi.

Ranked

Kemas kini terbaru ini akan menampilkan dua musim dengan Storm Point bermula dari 2 November hingga 21 Disember dan World’s Edge dari 21 Disember hingga 8 Februari 2022.

Selain itu, pasukan pembangun Apex Legends juga menjawab beberapa persoalan mengenai musim terbaru ini. Mereka ini terdiri daripada lima orang iaitu:

  • Steven Ferreira: Direktor pasukan (High level Storm Point)
  • Rodney Reece: Pereka Level (Reka bentuk peta Storm Point)
  • Ashley Reed: Penulis senior (Naratif Ash)
  • Devin Weise: Pereka (Reka bentuk Ash)
  • John Larson: Associate Live Balance Designer (CAR SMG/Balance)

Mereka ada menyentuh beberapa perkara termasuk prestasi server permainan itu dan mengatakan mereka sedang mengerjakan beberapa cara untuk membuat bandwidth permainan lebih rendah. Berikut adalah antara persoalan yang dijawab oleh mereka mengenai kemas kini Apex Legends yang akan datang:

Terdapat banyak Titanfall dalam kemas kini terbaru seperti Ash dan CAR SMG! Macam mana kamu mencari balance antara Titanfall dan kandungan terkini Apex?

Steven: Titanfall adalah sebahagian daripada DNA Apex, alam semesta yang sama dengan Apex. Jadi kami sentiasa melihat jalan titanfall, akan ada pasukan yang memutuskan untuk membuat sesuatu dari Titanfall. Pada penghujung hari, apabila kami mencuba sesuatu yang baru, perkara yang kami ingin masukkan itulah yang dinantikan oleh orang ramai. Pasukan ini bersabar tetang Titanfall, jadi mereka tidak fikirkan keseimbangannya kerana lebih banyak Titanfall, lebih baik bagi pandangan kami. Saya rasa kita akan saksikan lebih banyak Titanfall pada masa depan.

Apa perbezaan Ultimate Wraith dan Ash? Ia kelihatan sama.

Devin: Ia nampak sama tetapi mempunyai banyak perbezaan. Pertama ialah portal Ash yang hanya satu arah, dia tidak boleh menjadi seperti Wraith yang boleh menjatuhkan portal dan mengambil semula portal itu. Ulti Ash hanya bergantung pada pandangan matanya, jadi anda tidak boleh pergi ke bahagian yang anda tidak nampak. Jika anda ingin pergi ke sisi yang lain, anda masih perlu berlari ke sana. Wraith pula bergantung pada pergerakannya supaya dia boleh melakukan sesuatu yang lain daripada Ash. Wraith juga lebih berhati-hati daripada Ash.

Berapakah besar hitbox Ash berbanding Champion lain?

Devin: Ia masih disesuaikan untuk dipadankan dengan badannya kerana dia mempunyai badan tengah yang nipis tetapi lebar seperti Revenant. Jadi dia tidak akan berada dalam situasi di mana peluru menembusi model, ia juga mempunyai sedikit perlindungan seperti kebanyakan watak.

Apabila menukar mod CAR, adakah saya akan mendapat clip ringan/berat? Contoh jika saya tukar mod ringan ke mod berat, adakah saya mendapat clip yang lebih ringan?

John: Pada asasnya jika anda dalam mod berat dan anda mempunyai magazine padanya, anda boleh menukar kepada peluru ringan dan masih mempunyai peningkatan kapasiti daripada mag berat. Ia menukar ammor yang akan trigger reload.

Adakah kita akan diserang oleh pihak ketiga seperti Prowler dan Spider? Adakah ia sebahagian daripada meta?

Rodney: Secara teknikal tidak. Banyak masa boleh dipilih untuk terlibat dengan mereka, terdapat lokasi yang mempunyai peluang yang lebih tinggi yang boleh berlakunya pertempuran orang ketiga tetapi kami telah mengelak lokasi tersebut. Oleh itu, tempat pertempuran tidak dekat dengan lokasi hidupan liar itu. Lebih baik hidupan liar itu berfungsi sebagai loot yang dirampas daripada bos yang ditemui.

Adakah beberapa perubahan pada rank yang ingin diketengahkan?

John: Untuk BR, perbezaan tier antara pembunuh dan mangsa akan dikira, jadi jika anda pemain Plat, queue bersama pemain Diamond, pemain diamond yang dibunuh akan memberikan anda 12 mata dan bukannya 10. Anda juga tidak perlu memenangi had RP kerana had RP ditingkatkan daripada 150 kepada 175. Saya percaya tujuh kill dan kemenangan akan menjadi maksimum, saya rasa 12 kill di tempat ketujuh juga akan mencapai had tersebut.

Di luar BR, akan mempunyai beberapa bug tipikal yang telah diperbaiki dan beberapa perubahan kecil yang akan hilang, akan ada slip pada hari yang sama untuk BR dan kami melihat sistem itu agak terlalu agresif sekiranya anda kalah dalam pemangsa untuk menang, jadi kehilangan AP dalam kes seperti itu boleh dijangkakan berlaku.

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan dalam sesi soal jawab tersebut. Anda boleh lawati laman rasmi permainan untuk maklumat lanjut. Jika anda inginkan liputan lain mengenai Apex Legends, sila klik pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsApex Legends Season 11Apex Legends: EscapeAshTitanfall
Previous Post

Ujian beta tertutup Diablo Immortal diumumkan, sesi Q&A bersama Blizzard!

Next Post

Tales of Luminaria akan dilancarkan pada November ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Tales of Luminaria akan dilancarkan pada November ini!

Tales of Luminaria akan dilancarkan pada November ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd