Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apa berlaku dalam penamat The Flash & Bagaimana ia setup untuk DCU pula?

safwan by safwan
June 21, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem, Movie/siri, Review, Tinjauan & analisis
0 0
0
Apa berlaku dalam penamat The Flash & Bagaimana ia setup untuk DCU pula?

Kredit: Warner Bros.

Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya era DCEU telah pun berakhir dengan filem The Flash sebagai penutup dan set semula timeline untuk filem-filem DCU pula selepas ini. Sebelum ini, kami telah pun mengeluarkan spoiler review The Flash dan mungkin anda pun keliru dengan penamat filem ini. Jadi, saya akan terangkan sedikit apa yang berlaku dalam penamat filem The Flash ini dan bagaimana mereka membuka universe baharu untuk DCU pula.

Penamat

Kredit: Warner Bros.

Selepas Barry kembali ke timeline asalnya, dia teringat yang hari tersebut adalah hari perbicaraan bapanya sama ada bapanya itu perlu dijatuhkan hukuman yang seterusnya atau terlepas daripada hukuman dan terselamat dari apa-apa tuduhan membunuh.

Sebelum Barry pergi ke masa silam dan menyelamatkan ibunya, dia sebenarnya telah mengetahui yang bapanya akan menerima hukuman seterusnya kerana tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan bapanya itu keluar pergi ke pasar raya dan membeli pes tomato.

Rakaman CCTV asal menunjukkan yang bapanya langsung tidak menoleh ke arah kamera bagi mengesahkan yang itu dia. Tetapi apabila Barry kembali semasa hari perbicaraan bapanya, rakaman CCTV itu berubah dan bapanya telah menoleh ke arah CCTV kerana pes tomato yang dibelinya itu ada pada rak atas.

Kredit: Warner Bros.

Memandangkan Barry telah mengubah masa silamnya dengan mengubah kedudukan pes tomato dan menyebabkan bapanya melihat ke CCTV. Disebabkan itu, bapanya kini terselamat dari segala tuduhan membunuh.

Barry keluar dari mahkamah dengan gembira dan terus menelefon Bruce Wayne yang sedang dalam perjalanan ke mahkamah. Semasa sampai di sana, Barry sebenarnya terkejut dan keliru kerana Bruce Wayne yang berada di dunianya adalah versi yang lain.

Bruce Wayne yang dikenali oleh Barry ialah Batman yang dilakonkan oleh Ben Affleck tetapi yang berada di dunianya sekarang ialah Bruce Wayne yang dilakonkan oleh George Clooney di mana dia pernah melakonkan watak Batman dalam filem Batman & Robin pada tahun 1997.

Dari situ, Barry perasan yang dia sebenarnya telah membuat kesilapan besar untuk mengubah rakaman bapanya dan sekali gus mencipta timeline baharu.

Post-Credit Scene

Kredit: Warner Bros.

Di dalam credit scene, Barry berjumpa dengan Aquaman (Jason Mamoa) dan menceritakan tentang multiverse. Dia juga menceritakan tentang pelbagai versi Batman kepada Arthur. Walau bagaimanapun, Aquaman yang sedang mabuk telah jatuh pengsan di atas jalan.

Setup DCU

Kredit: Warner Bros.

Nampaknya filem ini betul-betul telah membuka universe baru untuk James Gunn memulakan rancangan DCU. Kini kita tidak akan melihat pelakon-pelakon DCEU membawa watak-watak mereka di dalam filem DCU akan datang. Sama juga seperti versi Batman George Clooney yang telah muncul di dalam filem The Flash.

Hal ini kerana, James Gunn sendiri telah mengesahkan yang watak Batman akan dilakonkan oleh pelakon baharu. Era DCU akan mula pada bulan Ogos ini dengan filem Blue Beetle sebagai superhero pertama untuk DCU.


Kredit: Warner Bros.

Jadi, tamat sudah era DCEU yang bermula 10 tahun lepas dan bermulalah era baharu DCU yang bakal dikendalikan oleh James Gunn.

The Flash kini ditayangkan di Malaysia bermula 14 Jun 2023 di GSC dan TGV Cinemas Malaysia.

Anda boleh lihat review The Flash kami di sini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: dceuDCUEnding ExplainedPenamat & Post-Credit SceneThe Flash
ShareTweetSend
Previous Post

Harry Potter: Magic Awakened Akan Hadir ke iOS & Android Pada 27 Jun 2023!

Next Post

Star Wars Outlaws & Avatar: Frontiers of Pandora tidak akan keluar di Epic atau Steam, eksklusif untuk UbiStore

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Star Wars Outlaws & Avatar: Frontiers of Pandora tidak akan keluar di Epic atau Steam, eksklusif untuk UbiStore

Star Wars Outlaws & Avatar: Frontiers of Pandora tidak akan keluar di Epic atau Steam, eksklusif untuk UbiStore

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd