Kita selalu tengok banyak protagonis yang mengembara berseorangan atau bersama-sama rakan mereka. Bukan setakat itu sahaja, kadang-kadang ibu bapa mereka pun seperti tidak wujud secara fizikal atau hanya disebut sahaja. Pernah tidak anda terfikir mengapa ramai protagonis selalu tidak tinggal bersama ibu bapa mereka? Tentu pernahkan. Jadi, jom kita lihat antara sebab mengapa protagonis anime jarang mempunyai ibu bapa dalam hidup mereka.
Sebab pertama yang boleh kami kongsikan ialah ibu bapa protagonis telah mati atau dibunuh. Perkara ini banyak kita tonton dalam anime lebih-lebih lagi anime shonen. Kadang-kadang kematian mereka juga telah mencorak perlakuan atau perwatakan untuk protagonis. Ada juga yang menyebabkan trauma seperti Sasuke, di mana keluarga serta puaknya telah mati dibunuh dan ini membuatkannya ingin membalas dendam sepanjang siri Naruto. Ramai lagi yang melalui tragedi yang sama seperti Eren Yeager (AOT) dan Lelouch vi Britannia (Code Geass).

Kalau siri anime lain yang kurang serius, ibu bapa mereka sering tiada dirumah kerana sibuk bekerja. Mungkin bagi sesetengah orang, ia agak pelik mengapa mereka selalu sibuk sehingga tiada di rumah langsung. Tetapi itulah hakikat sebenar yang berlaku di Jepun dan bukanlah rekaan semata-mata untuk anime. Contohnya seperti, Ikari Gendo (Neon Genesis Evangelion). Dia yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga menjarakkan dirinya daripada Shinji. Gendo sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan anaknya itu. Perbuatan inilah yang menyebabkan Shinji membesar dengan penuh kebimbangan.

Tetapi ada satu lagi sebab yang boleh buatkan anda sendiri marah dengan ibu bapa protagonis. Mereka ini bukanlah sibuk bekerja atau mati, tetapi mereka sendiri meninggalkan keluarga mereka sendiri. Lebih teruk lagi jika mereka meninggalkan hutang yang banyak kepada protagonis. Banyak juga siri anime yang mempunyai ibu bapa seperti ini, contohnya anime Hayate the Combat Butler dan Kamisama Kiss. Nasib baik protagonis kita ini kuat orangnya. Malah, dapat jumpa dengan orang yang baik dalam hidup mereka.

Walaupun begitu, tiada ibu bapa juga boleh memberikan kesan positif kepada watak protagonis. Ramai juga yang hidup dengan gembira bersama rakan baik dan orang sekeliling. Contohnya Luffy (One Piece), Natsu (Fairy Tail) dan Goku (Dragon Ball). Apapun, kadang-kadang ibu bapa protagonis anime ada membawa peranan penting pada jalan penceritaan. Sebab itu, mereka jarang muncul dalam siri.

Apa pula pendapat anda tentang perkara ini? Boleh kongsikan di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post