Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Antara kontroversi terbesar dunia gaming sepanjang 2021!

Maira by Maira
December 7, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Teknologi
0 0
0
Antara kontroversi terbesar dunia gaming sepanjang 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Industri gaming tidak pernah setahun pun terlepas dari kontroversi besar yang berlaku. Terutamanya jika ia melibatkan pembangun game dan juga pelepasan video game terbaru. Tahun ini juga tidak kurang dengan pelbagai perkara yang berlaku. Nak tahu apa yang terjadi dalam dunia gaming sepanjang tahun ini, jom lihat senarai ini!

Kekurangan bekalan konsol dan peralatan PC

Disebabkan pandemik yang berlaku, kesemua konsol dan perkakasan PC mengalami krisis kerana kekurangan stok. Ini telah membuatkan ramai orang yang mengambil kesempatan untuk menjual konsol atau peralatan PC dengan harga yang berlipat kali ganda dari harga asal. Jika anda ingin membeli PS5, Xbox Series X, Nintendo Switch atau GPU sekali pun, agak susah untuk anda mendapatkannya sekarang kerana kebanyakkannya telah dibeli oleh scalper. Mereka inilah yang akan menjualnya dengan harga lebih tinggi.

Ini sudah tentu menjadi masalah besar kepada semua gamer tidak kisahlah pemain konsol atau PC. Krisis ini terjadi kerana kurangnya bekalan cip dan dijangka akan beransur pulih menjelang 2023. Nampaknya kita semua kenalah bersabar kalau nak upgrade PC atau konsol masing-masing. Yang penting jangan sesekali kita menyokong scalper dan membeli dari mereka. Ambil iktibar daripada apa yang terjadi dengan kes scammer yang berlaku bulan lalu.

Anniversary Genshin Impact

Genshin Impact merupakan permainan popular yang dibangunkna oleh sebuah syarikat di China, miHoYo. Semasa awal pelancaran game ini, ia sudah mencipta popularitinya dalam kalangan pemain dan juga dinobatkan untuk beberapa anugerah. Genshin Impact juga antara game yang banyak membuat keuntungan untuk tahun pertamanya dan sudah tentu peminat teruja apabila ulang tahun pertama game ini tiba.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Pemain yang sudah biasa dengan hadiah lumayan daripada game lain sudah semestinya terkejut apabila Genshin Impact hanya mengumumkan bahawa mereka hanya mendapat 10 Intertwined fate, yang membolehkan mereka untuk gacha 10 kali sahaja. Sudah semestinya ini membuatkan ramai pemain tidak puas hati, lebih-lebih lagi mereka yang ingin gacha untuk watak yang mereka inginkan.

Kemarahan ini menyebabkan ramai pemain yang “review bomb” game ini dan menyebabkan rating empat bintang pada Play Store menurun sehingga 2 bintang ketika itu. Sudah tentu, Google telah mengambil tindakan untuk melawan kembali review bomb ini. Bukan setakat itu sahaja, komuniti di Discord juga akan di”ban” jika menggunakan perkataan “anniversary” atau “reward”. Oleh itu, ramai ahli di Discord rasmi itu menggunakan emote Qiqi sebagai tanda protes.

Untuk meredakan kemarahan pemain, Genshin Impact mula memberikan 400 primogem selama empat hari dan beberapa item lain kepada pemain. 1600 primogem yang diperoleh membolehkan pemain untuk gacha 10 kali lagi. Banyak lagi kontoversi lain yang terjadi dalam komuniti gaming Genshin tetapi semuanya diselesaikan dengan cepat oleh pihak miHoYo.

Pelancaran beberapa game yang mengecewakan

Tahun 2021 banyak juga berita mengenai game yang terpaksa ditangguhkan pelepasannya tetapi ada juga game yang masih dilancarkan mengikut perancangan mereka. Ada beberapa permainan yang sangat bagus pelancarannya dan memberikan pemain pengalaman gaming yang hebat. Sudah tentu ada juga game yang dilepaskan penuh dengan bug dan masalah lain. Ya, ianya perkara biasa tetapi ia seperti perkara yang sama berlaku pada game Cyberpunk 2077. Antara permainan tersebut ialah eFootball 2022, Battlefield 2042 dan GTA Trilogy Definitive Edition.

Bermula dengan eFootball 2022, ia merupakan permainan PES yang diubah namanya dengan menggunakan game engine yang baru. Game ini sepatutnya memberikan peminat pengalaman yang hebat tetapi malang, versi Steam game ini terlampau dahsyat bugnya. Game percuma untuk dimainkan ini yang sepatutnya setanding dengan FIFA telah mengecewakan ramai pemain dan ini menyebabkannya jatuh ke dalam ranking Steam “Hall of Shame.” Sehingga kini ia masih kekal pada tempat pertama dalam senarai tersebut.

Permainan seterusnya pula Battlefield 2042. Nampaknya EA mengulangi kesilapan mereka dengan pelancaran game ini. Maklum balas positif yang diberikan pada demo sama sekali berbeza apabila game ini dilancarkan secara rasmi. game ini mempunyai banyak masalah teknikal, prestasi permainan yang teruk dan ia juga menyingkirkan beberapa ciri yang terdapat dalam permainan Battlefield sebelum ini. Masalah ini jugalah yang membuatkan game ini mendapat review negatif yang banyak dari pemain.

Terakhir sekali, game klasik yang kita mainkan semasa zaman PS2 iaitu GTA. GTA Trilogy mempunyai tiga game dari siri tersebut iaitu GTA 3, GTA Vice City dan GTA San Andreas. Definitive Edition merupakan versi remaster untuk permainan ini tetapi malangnya ia gagal untuk menunjukkan prestasinya. Game ini juga tidak terlepas dengan masalah teknikal, tetapi apa yang mengecewakan ialah grafiknya yang tidak memuaskan hati. Model karakter ada yang kelihatan lebih teruk dari versi PS2 dan ini membuatkan ramai orang lebih tertarik untuk bermain versi lama game ini. Bukan setakat itu sahaja, pelepasan PC juga ditangguh kerana masalah yang dihadapi pada Rockstar launcher menyebabkan ramai pemain yang inginkan duit mereka semula.

The remastered GTA Trilogy is back on PC - The Verge

NFT dalam industri gaming

NFT atau Non-Fungible Token menjadi semakin popular baru-baru ini dan ia antara kontroversi dalam dunia gaming termasuklah industri lain. Premis NFT ini ialah untuk menjual aset digital secara eksklusif pada orang yang sanggup membayar banyak wang tetapi pelaksanaannya penuh dengan kelemahan.

Dalam industri video game, NFT mula menjadi peluang besar kepada penerbit besar seperti EA, Ubisoft dan Square Enix, yang menggunakan sistem “play-to-earn” sebagai cara baru monetization. Valve sebaliknya menolak keras sistem NFT dalam apa jua bentuk, mereka juga telah mengeluarkan semua permainan yang mempunyai sistem ini dari platformnya.

Kes mahkamah Epic vs Apple

Ini antara kontroversi dunia gaming yang masih berlanjutan. Tahun lepas, Epic Games telah membuka sistem “direct payment” tanpa kebenaran daripada App Store dan Play Store untuk Fortnite dan ini telah melanggar syarat perkhidmatan untuk kedua-dua platform. Ini menyebabkan game Fortnite mobile dialih keluar daripada kedua-dua gedung permainan tersebut. Epic Games yang tidak puas hati dengan perkara ini telah membuat tuntutan mahkamah terhadap Apple kerana menganggapnya tidak adil dan terlalu monopoli.

Banyak perkara yang telah berlaku antara kedua belah pihak. Malah ia juga tidak memberikan keuntungan kepada pemain. Jika anda ingin membaca kisah lanjut mengenai kes ini, boleh tekan pada pautan ini.

Epic Games membuat rayuan mahkamah setelah kalah menentang Apple

Boleh tahan juga kontroversi dalam dunia gaming tahun ini. Paling mengecewakan apabila game yang kita nanti-nantikan tidak memberikan pengalaman bermain seperti yang dijanjikan. Harap-harap pada tahun depan, industri gaming akan menjadi lebih baik dan berjaya. Kalau anda inginkan liputan lain dari kami, sila klik pautan ini.

Sumber: gamebrott

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Battlefield 2042eFootball 2022Epic vs AppleGenshin ImpactGPUGrand Theft Auto: The Trilogy - The Definitive EditionNFTps5Xbox Series X
Previous Post

Alasan sebenar mengapa Eiichiro Oda tidak suka menonton video teori One Piece di YouTube

Next Post

Legend of Mana kini tersedia di iOS dan Android. Jom selamatkan dunia Fa’Diel dalam mobile!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Legend of Mana kini tersedia di iOS dan Android. Jom selamatkan dunia Fa’Diel dalam mobile!

Legend of Mana kini tersedia di iOS dan Android. Jom selamatkan dunia Fa'Diel dalam mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd