Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Tomb Raider akan gabungkan jalan cerita daripada francais permainan dalam satu garis masa!

Maira by Maira
November 1, 2021
in Animasi, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Anime Tomb Raider akan gabungkan jalan cerita daripada francais permainan dalam satu garis masa!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Tomb Raider baru akan menyatukan kesinambungan francais permainan video itu dalam satu garis masa. Perkara ini telah didedahkan oleh penulis dan penerbit eksekutif anime baru itu, Tasha Huo dalam sebuah video yang ditayangkan ke saluran Youtube rasmi Netflix.

Dalam video itu, Huo menerangkan cara dia bekerja dengan Crystal Dynamics, studio yang mengambil alih pembangunan siri dengan Tomb Raider: Legend pada tahun 2006 untuk mencipta garis masa baharu yang unik bagi kehidupan protagonis Lara Croft yang menggabungkan peristiwa semua permainan video dalam siri ini.

Huo juga mengumumkan bahawa pelakon Lumpia With a Vengeance, Earl Baylon, yang melakonkan rakan baik Lara, Jonah dalam trilogi reboot 2013, akan memainkan semula peranan untuk siri animasi baru, manakala pelakon Allen Maldonado akan menyuarakan watak Zip, merupakan pakar teknologi daripada garis masa permainan Legend.

Sebelum ini diumumkan bahawa Hayley Atwell, yang memegang watak Peggy Carter dalam Marvel Cinematic Universe, akan menyuarakan Lara dalam siri baharu itu. Siri ini dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke-25 siri Tomb Raider, yang bermula pada tahun 1996 dengan permainan yang dikeluarkan pada PC, Sony Playstation dan Sega Saturn.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Sebelum pengumuman ini, jalan cerita permainan video Tomb Raider dibahagikan kepada tiga era yang berbeza. Permainan asal dan sekuelnya sehingga Tomb Raider: The Angel of Darkness terdiri daripada garis masa pertama siri ini, yang dibangunkan oleh pencipta siri Toby Gard dan pasukan di CORE Design. Berikutan penerimaan kritikan yang buruk kepada Angel of Darkness, pembangunan siri itu diserahkan kepada Crystal Dynamics, yang pada masa itu terkenal dengan Legacy of Kain: Soul Reaver dan francais platform parodi mereka, Gex.

Crystal Dynamics telah reboot siri ini dengan Tomb Raider: Legend yang mengekalkan beberapa elemen yang lebih hebat dalam permainan asal tetapi menampilkan reka bentuk baru untuk Lara Croft serta kawalan analog dan mekanik permainan yang dimodenkan.

Walaupun Legend dan sekuelnya diterima secara positif, pada tahun 2013 Crystal Dynamics memutuskan untuk reboot siri ini sekali lagi dengan tajuk yang lebih ringkas iaitu Tomb Raider, memberikan penekanan yang lebih besar pada pertempuran dan stealth. Crystal Dynamics tidak membangunkan Shadow of the Tomb Raider kerana studio ini sedang sibuk membangunkan Marvel’s Avengers. Permainan itu sebaliknya dibangunkan oleh Eidos Montreal.

Sumber: CBR

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenetflixTomb Raider
Previous Post

Pembangun Pulang :Insanity dedahkan gameplay untuk Project Buramato!

Next Post

next@acer Oktober 2021- Perkembangan teknologi paparan bersama Victor Chien

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
next@acer Oktober 2021- Perkembangan teknologi paparan bersama Victor Chien

next@acer Oktober 2021- Perkembangan teknologi paparan bersama Victor Chien

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd