Semalam, Netflix telah mendedahkan barisan watak utama untuk siri anime Terminator Zero, yang berdasarkan francais filem Terminator. Akan ditayangkan di seluruh dunia pada 29 Ogos, Netflix turut mendedahkan beberapa imej baharu yang memberi pandangan lebih lanjut kepada anime baharu ini.

Dihasilkan oleh Skydance Animation dan Production I.G, Mattson Tomlin (Project Power, The Batman II) akan berkhidmat sebagai showrunner, penerbit eksekutif dan penulis untuk siri ini. David Ellison, Dana Goldberg dan Don Granger daripada Skydance akan bertanggungjawab sebagai penerbit eksekutif. Selain itu, Masashi Kudo akan mengarahkan anime itu di Production I.G.
Terdiri daripada lapan episod, siri anime Terminator Zero adalah sebahagian daripada universe Terminator, tetapi mengisahkan tentang watak baharu. Berikut adalah sinopsis rasmi menurut Netflix:

2022: Perang masa depan telah berterusan selama beberapa dekad antara segelintir manusia yang terselamat dan tentera mesin yang tidak berkesudahan. 1997: AI yang dikenali sebagai Skynet mendapat kesedaran diri dan memulakan perangnya terhadap kemanusiaan.
Terperangkap antara masa depan dan masa lalu adalah seorang askar yang dihantar kembali ke masa lepas untuk mengubah nasib manusia. Dia tiba pada tahun 1997 untuk melindungi seorang saintis bernama Malcolm Lee yang bekerja untuk melancarkan sistem AI baharu yang direka untuk bersaing dengan Skynet yang akan menyerang manusia.
Ketika Malcolm mengharungi masalah moral sendiri, dia diburu oleh pembunuh upahan yang tidak putus-putus dari masa depan yang mengubah nasib tiga anaknya selama-lamanya.
Berikut adalah barisan watak utama:
Timothy Olyphant sebagai The Terminator: android sibernetik yang menyamar sebagai manusia. Ia tidak berasa kasihan, penyesalan, ketakutan, dan tidak akan berhenti, sehingga sasarannya mati.

Rosario Dawson sebagai Kokoro: AI canggih dan ciptaan Jepun untuk melawan Skynet, jika dibawa online, Kokoro akan diberi kuasa yang sama seperti Skynet.

André Holland sebagai Malcolm Lee: Seorang programmer genius, Malcolm Lee dihantui mimpi ngeri tentang apokalips masa depan. Dia menghabiskan sedekad mencipta kecerdasan buatan rahsia yang dia percaya akan menjadi harapan terakhir manusia.

Sonoya Mizuno sebagai Eiko: Berasal dari Judgment Day 2022, Eiko ialah askar yang dihantar ke masa lalu untuk menghalang Malcolm daripada melancarkan Kokoro.

Ann Dowd sebagai The Prophet: Pada masa hadapan, The Prophet adalah individu berfalsafah yang membantu manusia.

@gamersantaimy
Discussion about this post