Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Terminator Zero Akan Datang Ogos 2024, Hanya Di Netflix

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Anime Terminator Zero Akan Datang Ogos 2024, Hanya Di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Netflix mendedahkan bahawa siri anime Terminator Zero, berdasarkan francais filem Terminator, akan ditayangkan di seluruh dunia pada 29 Ogos. Pada masa yang sama, Netflix juga mendedahkan “imej pertama” untuk siri ini yang saya akan sertakan dalam artikel ini.

Kredit: Netflix

 Dihasilkan oleh Skydance Animation dan Production I.G, Mattson Tomlin (Project Power, The Batman II) akan berkhidmat sebagai showrunner, penerbit eksekutif dan penulis untuk siri ini. David Ellison, Dana Goldberg dan Don Granger daripada Skydance akan bertanggungjawab sebagai penerbit eksekutif. Selain itu, Masashi Kudo akan mengarahkan anime itu di Production I.G.

Kredit: Netflix

Terdiri daripada lapan episod, siri anime Terminator Zero adalah sebahagian daripada universe Terminator, tetapi mengisahkan tentang watak baharu. Berikut adalah sinopsis rasmi menurut Netflix:

“2022: Perang masa depan telah berterusan selama beberapa dekad antara segelintir manusia yang terselamat dan tentera mesin yang tidak berkesudahan. 1997: AI yang dikenali sebagai Skynet mendapat kesedaran diri dan memulakan perangnya terhadap kemanusiaan.”

“Terperangkap antara masa depan dan masa lalu adalah seorang askar yang dihantar kembali ke masa lepas untuk mengubah nasib manusia. Dia tiba pada tahun 1997 untuk melindungi seorang saintis bernama Malcolm Lee yang bekerja untuk melancarkan sistem AI baharu yang direka untuk bersaing dengan Skynet yang akan menyerang manusia. Ketika Malcolm mengharungi masalah moral sendiri, dia diburu oleh pembunuh upahan yang tidak putus-putus dari masa depan yang mengubah nasib tiga anaknya selama-lamanya.”

Kredit: Netflix

Baca segala berita kami tentang projek Netflix di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenetflixTerminator Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Sertai ‘Black Myth: Wukong Mythology Contest’ – Boleh Menang GPU RTX 4070 Super, Peluang Kolaborasi & Banyak Lagi

Next Post

Akuma Bagus Atau Tidak Dalam Street Fighter 6? Kami Tanya Pemain Pro Tokido Dalam Interviu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Akuma Bagus Atau Tidak Dalam Street Fighter 6? Kami Tanya Pemain Pro Tokido Dalam Interviu

Akuma Bagus Atau Tidak Dalam Street Fighter 6? Kami Tanya Pemain Pro Tokido Dalam Interviu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd