Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Tekken: Bloodline dedahkan visual baru, mengisahkan asal usul Jin Kazama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Anime Tekken: Bloodline dedahkan visual baru, mengisahkan asal usul Jin Kazama
Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada game, Tekken nampaknya sedang sibuk untuk debut siri anime rasmi pertama yang bakal dikeluarkan pada tahun ini! Bersama kerjasama Netflix, pihak studio telah mendedahkan visual terkini tentang projek anime ini yang diberi nama Tekken: Bloodline.

Mula-mula diumumkan pada awal tahun ini, Netflix telah menunjukkan visual baharu untuk siri anime Tekken: Bloodline dengan beberapa adegan yang belum pernah dilihat sebelum ini bersama mesej khas daripada pencipta francais, Katsuhiro Harada.

Anime ini akan mengembangkan lagi latar belakang francais dengan mengisahkan asal usul Jin Kazama dan bagaimana dia menjadi kuat selepas melalui latihan kejam bersama datuknya. Bukan itu sahaja, anime ini juga menunjukkan beberapa watak ikonik lain daripada siri game dan menceritakan apa mereka buat sebelum peristiwa dalam game original. Korang boleh tonton video Tekken: Bloodline di bawah untuk info lanjut:

Buat masa sekarang, Tekken: Bloodline dijadualkan untuk keluar pada pada tahun ini, tetapi Netflix masih belum memberikan apa-apa maklumat penting seperti tarikh keluaran rasmi, siapakah kakitangan yang terlibat dalam siri atau berapa banyak episod yang bakal dikeluarkan. Tentang jalan cerita, berikut adalah sinopsis tentang Tekken: Bloodline menurut Netflix:

“‘Kuasa adalah segala-galanya.’ Jin Kazama mempelajari seni mempertahankan diri iaitu Kazama-Style Traditional Martial Arts, daripada ibunya pada usia yang muda. Walaupun begitu, dia tidak berdaya apabila kejahatan yang lebih besar tiba-tiba muncul dan memusnahkan segala yang disayanginya, lalu mengubah hidupnya selama-lamanya.

“Marah dengan dirinya sendiri kerana tidak dapat menghalang bencana ini, Jin berjanji untuk membalas dendam dan mencari kuasa mutlak. Pencariannya akan membawa kepada pertarungan terhebat di pentas global — The King of Iron Fist Tournament.”

Walaupun Tekken adalah francais fighting game yang popular sehingga mendapat adaptasi aksi langsung dan adaptasi animasi 3D pada masa lalu, francais ini masih belum diadaptasikan kepada projek animasi 2D penuh. Kini peminat akhirnya mendapat peluang untuk melihat bagaimana Netflix memaparkan kisah Jin Kazama dalam medium baharu.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenetflixTekken: Bloodline
Previous Post

Castlevania: Nocturne telah diumumkan oleh Netflix semasa Geeked Week

Next Post

The Lord of the Rings: Return to Moria – game survival PC eksklusif di Epic Games Store

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
The Lord of the Rings: Return to Moria – game survival PC eksklusif di Epic Games Store

The Lord of the Rings: Return to Moria - game survival PC eksklusif di Epic Games Store

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd