Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime spin-off Cells at Work! Code Black akan bermula Januari 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 16, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime spin-off Cells at Work! Code Black akan bermula Januari 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada masa yang lebih tepat selain sekarang untuk mengumumkan kepulangan siri anime Cells At Work!, dengan tarikh pelepasan untuk anime disahkan pada bulan Januari 2021! Bersama dengan pendedahan key visual, Aniplex secara rasmi mengumumkan bahawa adaptasi anime Cells at Work! Code Black, salah satu siri spin-off untuk Cells at Work karya Akane Shimizu akan mengeluarkan tayangan perdana di Jepun pada Januari 2021.

【TVアニメ化決定!】
「はたらく細胞BLACK」2021年1月TVアニメ化決定!

ブラックな職場で奮闘する細胞たちの物語。
はたらく人たちに勇気を贈る、大人の”はたらく細胞”開幕!

働け。命ある限り——。

■公式サイトhttps://t.co/bQB0e8GvbP

■YouTubehttps://t.co/OibPaprIr0#細胞BLACK pic.twitter.com/EjhXRaPK6R

— 『はたらく細胞BLACK』【公式】 (@cellsatworkbla1) April 16, 2020

Di bawah pengawasan oleh penulis manga asal, spin-off yang ditulis oleh Shigemitsu Harada dan dilukis oleh Issei Hatsuyoshi telah disiarkan di Kodansha Morning sejak Julai 2018 dan tankobon keenamnya akan mula dijual pada 23 April 2020. Berikut adalah rumusan Cells at Work! Code Black:

Sama seperti siri asal, spin-off ini berlangsung di dunia sel antropomorfik yang bekerja di dalam badan manusia. Ia mengikuti kehidupan sel darah merah bernama AA2153, dan sel darah putih bernama U-1196, ketika mereka bekerja di dalam badan seorang individu pertengahan usia yang dibebani oleh masalah seperti tekanan, merokok, minum dan lain-lain.

Adaptasi anime ini diarahkan oleh Hideyo Yamamoto (Strike The Blood), bersama penulis komposisi Hayashi Mori (Space Dandy) dan pereka watak Eiji Abiko (Last Hope). LIDEN FILMS (Magical Sempai) akan menguruskan produksi anime.

Junya Enoki (Wendelin in The 8th Son? Are You Kidding Me?) ialah pelakon suara untuk sel darah merah, AA2153, manakala Yoko Hikasa (Mio Akiyama dalam K-ON!) ialah pelakon suara untuk sel darah putih, U-1196. Kenjiro Tsuda (Seto Kaiba di Yu-Gi-Oh!) pula ialah tukang cerita.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeCells At Work!Cells at Work! Code Blackmangaspin-off
Previous Post

Mega Man X DiVE menyambut 1 Juta Muat Turun dengan acara Penghargaan pelbagai ganjaran untuk didapati!

Next Post

Info terkini tentang The Dark Pictures Anthology: Little Hope! Sistem permainan, jalan cerita & lain-lain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Info terkini tentang The Dark Pictures Anthology: Little Hope! Sistem permainan, jalan cerita & lain-lain!

Info terkini tentang The Dark Pictures Anthology: Little Hope! Sistem permainan, jalan cerita & lain-lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd