Setelah lama menunggu, akhirnya maklumat terbaru mengenai siri anime Solo Leveling melepaskan maklumat baru. Bukan setakat itu sahaja, kita juga mendapat trailer pertama siri!
Diumumkan melalui Twitter, siri anime Solo Leveling bakal ditayangkan pada musim sejuk 2024. Bermakna ianya akan ditayangkan pada awal tahun 2024. Jadi betullah khabar angin mengenai penundaan tayangan untuk siri tersebut. Kalau ikutkan, Solo Leveling dijadualkan untuk tayangan pada tahun ini. Tetapi melihat dengan beberapa siri A-1 Pictures yang ditunda sekarang, rasanya ini langkah yang bijak.
Melalui laman web rasmi, nama protagonis kita juga bukanlah Sung Jin-Woo tetapi ditukar kepada nama Jepunnya iaitu Shun Mizushino. Melihat daripada perubahan ini, ada kemungkinan besar beberapa bahagian akan ditukar oleh studio animasi nanti.

Untuk anda yang tidak tahu, Solo Leveling merupakan sebuah manhwa yang merupakan adaptasi daripada web novel yang ditulis oleh Chugong. Siri manhwa ini telah pun tamat dan anda boleh membacanya melalui platform rasmi seperti Tapas. Bab ekstra juga sudah tersedia untuk dibaca. Berikut adalah sinopsis untuk Solo Leveling:
Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.
Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.

Apa pendapat anda mengenai trailer pertama Solo Leveling? Boleh kongsikan di ruangan komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post