Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Mushoku Tensei : Jobless Reincarnation Season 2 telah diumumkan!

Maira by Maira
March 7, 2022
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Mushoku Tensei : Jobless Reincarnation Season 2 telah diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas episod terakhir anime Mushoku Tensei ditayangkan tahun lalu memberikan pelbagai reaksi daripada penonton, ramai yang menanti musim seterusnya. Nampaknya berita baik telah tiba kerana musim kedua anime Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation telah diumumkan semalam melalui Twitter. Tarikh untuk siaran Mushoku Tensei Season 2 ini masih lagi belum didedahkan tetapi segala butiran lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

【無職転生2期制作決定!】

『#無職転生 ~異世界行ったら本気だす~』
TVアニメ第2期の制作が決定!

第2期ではルーデウスはどんなドラマを、
どんな冒険を繰り広げるのかー!

放送時期など詳細・続報は後日発表。お楽しみに!https://t.co/IatoiTvEA0 pic.twitter.com/0g9DuDznXY

— 『無職転生Ⅱ ~異世界行ったら本気だす~』TVアニメ公式 (@mushokutensei_A) March 6, 2022

Siri isekai kegemaran ramai ini merupakan adaptasi daripada novel ringan yang ditulis oleh Rifujin na Magonote dan ilustrasi novel tersebut dihasilkan oleh Shirotaka. Musim pertama anime untuk siri ini telah ditayangkan dengan dua bahagian sebanyak 23 episod pada tahun 2020 dan 2021.

Untuk mereka yang tidak tahu, berikut adalah sinopsis untuk Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation:

Meskipun dibuli, dihina, dan ditindas sepanjang hidupnya, seorang lelaki berusia 34 tahun masih bernekad untuk mencuba sesuatu yang gagah. Malangnya, ia berakhir dengan kemalangan tragis. Secara tidak sangka, dia hidup semula di dunia lain sebagai Rudeus Greyrat, dan memulakan hidup baru sebagai bayi yang dilahirkan oleh dua ibu bapa yang penyayang.

Bersama memori dan pengetahuan dari kehidupan sebelum, Rudeus dengan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Dengan pemikiran orang dewasa, dia mula menunjukkan bakat yang menakjubkan, lalu mengasah kemahirannya dengan bantuan seorang ahli sihir bernama Roxy Migurdia. Rudeus belajar seni pertempuran pedang dari ayahnya, Paul, dan bertemu Sylphiette, seorang gadis yang kemudian menjadi kawan karibnya.

Diberi kehidupan kedua, Rudeus cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk melupakan masa lalunya yang tragis.. dan mungkin suatu hari, akan menemui satu perkara yang tidak pernah ditemuinya iaitu cinta.

Jadi geng, kita kena tunggu sikit untuk pengumuman seterusnya. Agaknya, Mushoku Tensei Season 2 akan sertai anime hebat lain akhir tahun nanti? Kalau anda inginkan liputan anime lain dari kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter@ Mushoku Tensei

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mushoku Tensei: Jobless ReincarnationSeason 2
Previous Post

Harga transaksi mikro Gran Turismo 7 lebih mahal berbanding game terdahulu

Next Post

Babylon’s Fall gagal dapat sambutan walaupun pegang nama “PlayStation Exclusive”

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Babylon’s Fall gagal dapat sambutan walaupun pegang nama “PlayStation Exclusive”

Babylon's Fall gagal dapat sambutan walaupun pegang nama "PlayStation Exclusive"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd