Merupakan antara genre paling popular dalam anime setakat tahun 2024, pelbagai anime ‘harem‘ dibuat setiap musim. Bagi mereka yang tidak tahu, genre harem selalunya berlaku apabila si protagonis dikelilingi oleh lebih daripada satu kekasih, pasangan cinta, atau gadis yang menyukainya.
Selalunya disajikan dalam bentuk komedi atau romantik, genre harem kini lebih luas dan boleh merangkumi pelbagai spektrum termasuk aksi, isekai, fantasi, dan banyak lagi. Disebabkan ada terlalu banyak siri anime dalam genre tersebut, dalam artikel ini saya menyenaraikan beberapa anime harem menarik pada tahun 2024 yang anda boleh menikmati!
Chained Soldier
Gerbang ke dimensi lain, dipanggil Mato, mula dibuka di seluruh Jepun, di mana raksasa yang dikenali sebagai Shuuki mula menyerang penduduk Bumi. Di dalam portal ini terdapat sumber yang dipanggil “Peach”, yang apabila dimakan oleh wanita, memberikan kuasa ghaib kepada mereka.
Suatu hari, Yuuki Wakura, termasuk di dalam Mato dan bertemu dengan Kyouka Uzen, komander skuad ke-7 Demon Defense Force. Kyouka mempunyai kuasa untuk “memperhambakan” Shuuki, tetapi apabila dikepung oleh Shuuki yang semakin ramai, dia bertanya kepada Yuuki sama ada lelaki itu boleh diperhambakannya.
Yuuki bersetuju dan bertukar menjadi “hamba” wanita itu, lalu mereka mengalahkan semua Shuuki. Yuuki kemudian memutuskan untuk menyertai skuad Kyouka sebagai penjaga dan menyokong impiannya untuk menjadi Supreme Commander, sambil membongkarkan misteri di sebalik Mato.
Tales Of Wedding Rings
Satou mencintakan Hime, kawannya daripada kecil lagi. Suatu hari, Hime berkata dia akan berpindah, jadi Satou mengikutinya ke dalam portal di mana dia akan berkahwin dengan seorang putera raja. Apabila seekor demon menyerang, Hime memberikan cincinnya kepada Satou, yang memberikannya kuasa cahaya untuk mengalahkan demon itu.
Hime menjelaskan dia adalah seorang puteri dari dunia lain yang tinggal di Bumi untuk keselamatannya sendiri. Dunianya diserang oleh bangsa demon dan dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan seorang hero dan memberi cincin yang mengandungi kuasa khas kepada hero tersebut. Malangnya, Satou telah merampas posisi hero itu.
Terdiri daripada lima cincin, Satou kini harus menjadi cukup kuat untuk menyelamatkan dunia, di mana dia mesti mengahwini empat puteri lain dan mendapatkan cincin mereka untuk mendapatkan kuasa: tanah, api, udara, dan air.
The Café Terrace And Its Goddesses
Siri ini mengikuti Hayato Kasukabe, seorang lelaki muda yang telah berpindah ke Tokyo semasa sekolah menengah. Selepas lulus peperiksaan untuk Universiti Tokyo, dia kembali ke kampung halamannya selepas dimaklumkan tentang kematian neneknya, dengan niat untuk menutup kafenya, Cafe Terrace Familia.
Di sana, dia menemui lima wanita yang bekerja di kafe itu, serta tinggal di bawah jagaan neneknya. Selepas melihat perjuangan mereka dan belajar tentang hubungan masing-masing dengan neneknya, dia memutuskan untuk membuka semula kafe itu.
2.5 Dimensional Seduction
Masamune Okumura ialah pelajar sekolah menengah tahun dua yang bertanggungbawa sebagai presiden dan satu-satunya ahli untuk kelab manga sekolahnya. Seorang otaku, dia mendakwa dia tidak berminat dengan gadis sebenar kerana terlalu obses dengan watak fiksyen bernama Liliel.
Tiba-tiba, seorang pelajar tahun satu bernama Lilysa Amano, yang meminati cosplay, menyertai kelab itu dan merekrut Okumura untuk menjadi jurugambar rasminya. Apabila Okumura mendapat tahu watak kegemarannya juga Liliel, dia mula belajar tentang perasaan romantiknya dalam dirinya, lagi-lagi selepas gadis-gadis lain tidak lama lagi menyertai kelab itu juga.
Hokkaido Gals Are Super Adorable!
Remajaa bernama Tsubasa Shiki telah berpindah dari Tokyo ke bandar Kitami di Hokkaido. Apabila tiba, dia bertemu rakan sekelasnya bernama Minami Fuyuki, yang menyukai budak bandar itu dan mula merapatkan dirinya dengannya.
Jauh berbeza daripada gadis lain yang pernah ditemuinya, Tsubasa menjadi sangat tertarik dengan gadis Hokkaido ini.
Plus-Sized Elf
Pada suatu malam, Tomoatsu Naoe, seorang ahli terapi urut, bertemu dengan pelanggan baharu. Pelanggan itu ialah Elfuda, seorang elf yang menganggap dirinya gemuk selepas berehat secara berlebihan di dunia manusia, dan memerlukan bantuan Tomoatsu untuk mengurangkan berat badan supaya dia boleh kembali melalui portal ke alam semesta asalnya.
Semasa Tomoatsu membantu Elfuda, lebih banyak makhluk mitos yang mempunyai masalah berat badan lain juga datang meminta bantuannya.
Maklumat diambil daripada MyAnimeList.
@gamersantaimy
Discussion about this post