Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Festival Asia (AFA) 2022 – Pengalaman hari pertama di acara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2022
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Cosplay, Gunpla, Komik, Manga, Pameran/Expo, Seiyuu, Tempatan, Tokusatsu
0 0
0
Anime Festival Asia (AFA) 2022 – Pengalaman hari pertama di acara!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara ACG terbesar di Asia Tenggara, Anime Festival Asia 2022 (AFA) akhirnya kembali setelah bertahun-tahun “lockdown” kerana pandemik! Berlangsung hari ini sehingga 27 November 2022 di Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre, kami berpeluang turun di acara, jadi berikut adalah pengalaman kami dan highlight bagi hari pertama di AFA 2022!

Booth Bandai Gunpla

Fokus besar pada Witch Of Mercury dengan model kit untuk semua watak utama. Terdapat beberapa kit model edisi terhad serta kit daripada francais lain termasuk Uma Musume.

Booth Mappa

Banyak barangan Chainsaw Man dijual di sini, terdiri daripada patung acrylic mahal ($50 anggaran RM162.64 ) tetapi berkualiti tinggi. Selain itu, mereka juga jual poster dan pin.

Setup booth sangat minimalis tetapi bahagian tepi gerai mempunyai projektor gergasi yang menayangkan ending Chainsaw Man. Nampak sangat menarik, lagi-lagi kerana lagu CSM sedap-sedap belaka.

Booth Bushiroad

Banyak kad dan barangan Weis Schwarz seperti baju dan pin. Sorotan utama ialah kad ekspo Super Hololive 2022. Mereka siap memberi saya kad percuma semasa keluar dari gerai. Selain itu, terdapat juga kad untuk Tokyo Revengers, Miss Kobayashi’s Dragon Maid, Rascal Does Not Dream of Bunny Girl Senpai, Attack on Titan, DanMachi dan lain-lain.

Booth Kotobukiya

Figura berskala, figura Frame Arm Girls, figura Arca Nadea- semuanya dipamerkan di sini dan nampak sangat cantik. Beberapa figura yang bakal dikeluarkan tahun depan juga dipamerkan.

Booth Genshin Impact

Seperti biasa, kita ada barangan acrylic dan pin. Barisan untuk masuk ke booth pun sangat panjang tetapi nasib baik kita dapat pelekat percuma. Pengunjung juga boleh dapatkan poskad percuma apabila mengambil gambar gerai mereka dan muat naik di media sosial dengan #genshinimpact #AFASG2022. Pada masa yang sama, dapatkan poskad lain dengan menjawab soalan trivia di booth!

Kedai AFA

Patung edisi terhad Good Smile/Nendoroid dan barangan rasmi Hololive dijual di sini. Sempatlah saya beli Nendoroid Hatsune Miku. Ini mungkin barisan terpanjang, dan mungkin pameran paling popular.

Day Stage: Obey Me

Pentas dihadiri oleh dua pelakon suara popular, Miura Ayme, dan Satoshi Kada daripada francais Obey Me.

Walaupun nampak seperti preview untuk game, ia sebenarnya konsert oleh dua seiyuu tersebut – siap dengan pencahayaan khas untuk pentas, glow stick dan barisan peminat yang tidak habis menjerit. Saya tidak berapa kenal francais ini tetapi lagu J-Rock nya agak menarik.

Day Stage: Hakken

Persembahan atau sesi Meet-n-Greet kedua menampilkan Hakken, cosplayer terkenal dari Malaysia! Memakai uniform berkonsepkan ala tentera, katanya ia mengambil masa 1 jam setengah untuk memakai cosplay ini. Kali terakhir dia menghadiri adalah pada 2019 dan dia berpendapat acara 2022 sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Untuk hari kedua, dia akan datang sebagai Zhongli daripada Genshin Impact. Jadi jangan lupa ambil gambar jika anda ada peluang!

Akiba Stage

Sepanjang hari pelbagai acara yang lebih kecil dipersembahkan di atas pentas kepada orang ramai. Ini terdiri daripada Vtuber, penyanyi, dan DJ. Acara pentas hari pertama berakhir dengan pameran cosplay secara muzikal dengan semua cosplayer jemputan.

Booth bagi pelukis

Seperti semua konvensyen, AFA menampilkan beberapa gerai yang diwakilkan oleh artis. Terdapat pelbagai gaya daripada seni ala anime, kepada seni kartun comel, hingga ke lukisan lebih “matang”. Saya bercakap dengan salah seorang pemilik gerai, yang berkata dia gembira untuk melihat AFA kembali dan memberi peluang untuk para artis mempamerkan bakat mereka.


Jika berminat, anda boleh dapatkan butiran lanjut di SINI.

  • Anime Festival Asia Singapore 2022 (AFA 2022)
  • Tarikh: 25 – 27 November 2022
  • Lokasi:on: Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre (Levels 3 & 4)
  • Masa Pameran: 10 pagi ~ 8 malam
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AFA 2022Anime Festival AsiaEkspopameran
Previous Post

Genshin Impact 3.3 — Segala Update Yang Diumumkan Termasuklah Watak Baru, Wanderer!

Next Post

Gunakan AFAverse untuk terokai & tebus pelbagai ganjaran di AFA 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Gunakan AFAverse untuk terokai & tebus pelbagai ganjaran di AFA 2022!

Gunakan AFAverse untuk terokai & tebus pelbagai ganjaran di AFA 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd