Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Dragon Ball Super akan sambung pada 2023, filem baru sedang dibikin [Khabar angin]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 6, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Anime Dragon Ball Super akan sambung pada 2023, filem baru sedang dibikin [Khabar angin]
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir kita melihat siri anime Dragon Ball Super adalah pada tahun 2018, jadi saya faham mengapa ramai tidak sabar untuk melihat kepulangan Goku (selain daripada filem). Berita baik kerana kami menerima laporan bahawa anime Dragon Ball Super akan kembali pada tahun 2023 dengan episod dan filem baru yang kini dalam pembikinan.

https://twitter.com/DBSChronicles/status/1544342842138558469
https://twitter.com/DbsHype/status/1544358949398335488

Info ini datang daripada DBS Chronicles daripada Twitter dan disahkan oleh DBSHype, di mana kedua-duanya amat terkenal dalam komuniti Dragon Ball kerana maklumat spoiler mereka yang tepat.

Pertama sekali, DBS Chronicles melaporkan bahawa episod mingguan baru untuk anime Dragon Ball Super sedang dihasilkan. Rancangan semasa menunjukkan yang siri ini akan berlangsung selepas peristiwa “Universal Survival Saga,” yang menyaksikan Goku melawan pelbagai watak lain daripada universe lain termasuk Jiren.

Walau bagaimanapun, mereka tidak jelas sama ada kisah Dragon Ball Super: Broly akan diceritakan semula dalam bentuk siri. Mesti ramai heran; “mengapa mereka nak buat episod tentang Broly sedangkan ada filem?”. Hakikatnya, ramai anime sudah mengikut formula ini termasuk Boruto dan Demon Slayer.

Semasa DB Super mula-mula dikeluarkan, dua filem Dragon Ball -‘Battle of Gods’ dan ‘Resurrection F’- diceritakan semula dalam bentuk siri episod, jadi kemungkinan besar, adegan daripada filem Broly pun boleh berlaku di sini.

Tetapi jangan risau, memandangkan manga diteruskan selepas anime tamat, ada banyak bahan untuk Toei adaptasi termasuk “Galactic Patrol Prisoner Saga/Moro Saga dan Granolah the Survivor Saga.

DBS Chronicles juga memberitahu bahawa sebuah filem Dragon Ball baru selepas Super Hero akan datang dan kini dalam fasa pra-pengeluaran. Menurut katanya, Toei Animation merancang untuk mengeluarkan filem baru setiap 2 hingga 3 tahun. Itu sahaja info yang didedahkan mengenai projek filem.

z

Maklumat di atas pun tepat seiring dengan kata-kata Akio Iyoku, salah satu editor Shueisha dan juga ketua projek bagi francais Dragon Ball. Dalam temubual, beliau ditanya tentang masa depan siri ini lalu jawab:

“Entri baharu dalam siri itu sudah pun dibuat! Super Hero mengambil masa lima tahun untuk buat, jadi amat wajarlah kami sedang mengusahakan perkara yang akan datang!”

Buat masa ini, Toei atau pihak Shueisha masih belum mengesahkan khabar angin tentang projek anime baru Dragon Ball Super dan jika benar ia akan keluar tahun 2023, tetapi harap-harap ia akan diumumkan dalam masa terdekat. Satu lagi perkara untuk ingatkan adalah filem Super Hero akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Ogos.

Untuk baca segala liputan kami tentang francais Dragon Ball termasuk ringkasan untuk filem Super Hero, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon BallDragon Ball Superfilem
Previous Post

Yakuza 0, Kiwami & Kiwami 2 kembali dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022!

Next Post

Selepas 10 tahun, Lollipop Chainsaw akhirnya dapat remake – bakal keluar tahun 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Selepas 10 tahun, Lollipop Chainsaw akhirnya dapat remake – bakal keluar tahun 2023

Selepas 10 tahun, Lollipop Chainsaw akhirnya dapat remake - bakal keluar tahun 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd