Laman web rasmi untuk anime Black Rock Shooter: Dawn Fall yang baru telah menlancarkan video promosi untuk anime tersebut. Dalam video tersebut, ia telah mengumumkan pelakon utama serta artis yang menyanyikan lagu pembukaan Dawn Fall bertajuk “ASEED”.
Berikut adalah pelakon suara untuk watak utama dalam anime Black Rock Shooter yang terbaru :
- Yui Ishikawa = Empress (Black Rock Shooter)
- Saori Hayami = Dead Master
- Megumi Han = Strength
Lagu pembukaan “ASEED” dinyanyikan oleh ZAQ. Anime ini akan ditayangkan melalui Disney+ di Jepun. Ia akan tersedia secara untuk tayangan di Disney+ negara lain juga tetapi masih tiada berita lanjut negara mana yang akan strim anime ini.

Selain itu, Black Rock Shooter juga mendapat game mobile bertajuk “Black Rock Shooter Fragment.” Game ini akan dilancarkan di platform iOS dan Android pada musim luruh tahun depan. Pengumuman ini telah dibuat melalui akaun Twitter game ini. G2 Studios akan menggalas tugas sebagai pembangun Black Rock Shooter Fragment dan Good Smile Company akan menerbitkan game tersebut. Ia akan mempunyai jalan cerita original yang berlaku di sebuah “dunia lain” daripada siri anime Dawn Fall.

Ichiro Sasaki akan menulis senario dan latar utama game manakala huke akan dikreditkan dengan penyeliaan reka bentuk. Rui Tomono melukis visual teaser, manakala Hiroto Sugawara pula mereka bentuk logo game ini.
Francais Black Rock Shooter bermula dengan ilustrasi yang dihasilkan oleh huke yang telah menyiarkan ilustrasi tersebut di Pixiv pada 2007. Ilustrasi itu telah mengilhamkan lagu dengan tajuk yang sama oleh Supercell menggunakan perisian Vocaloid, Hatsune Miku. Lagu tersebut telah mendapat OVA (Original Video Anime) pada tahun 2010 dan siri anime pada 2012. Ia juga mendapat sebuah game PSP pada tahun 2011.
Untuk mendapatkan lebih banyak mengenai anime, sila klik pautan ini.
Sumber: ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post