Siri shonen terkenal Shaman King akan kembali wahai kawan-kawan! Diumumkan pada minggu lepas, francais mendedahkan bahawa sebuah anime baru akan keluar pada tahun depan, April 2021, dan mengadaptasi jalan cerita terkini di manga . Siri anime pertama untuk Shaman King berlangsung selama 64 episod dari tahun 2001 hingga 2002, dan dihasilkan oleh studio animasi Xebec. Saya agak tertarik untuk melihat jalan cerita apa yang akan dimasukkan dalam anime ini berdasarkan sumber manga. Yang saya pasti, ramai peminat akan gembira untuk masuk ke dunia Shaman King sekali lagi.
Shaman King mengeluarkan pengumuman ini, bersertakan trailer pendek, di halaman Twitter rasmi. Ia memberi tahu peminat bahawa sebuah anime baru akan ditayangkan pada tahun depan, dan akan merangkumi sumber-sumber daripada manga yang sebelumnya tidak diadaptasikan dalam anime pertama.
https://twitter.com/SHAMANKING_PR/status/1271276514324017152
Berikut adalah sinopsis pendek tentang Shaman King, bagi mereka yang tidak kenal siri ini:
“Sebuah pertarungan akan bermula di Tokyo. Dinamakan Shaman Fight, ia adalah pertandingan yang diadakan setiap 500 tahun di mana Shaman- individu yang boleh mengawal roh – akan bertarung. Pemenang pertandingan ini akan menjadi Shaman King dan merupakan satu-satunya individu yang mampu menghubungi dan mengawal Great Spirit. Ini membolehkan individu tersebut untuk membentuk semula dunia mengikut kehendak dia melalui kuasa Great Spirit.”
“Semasa berjalan pada waktu malam, Manta Oyamada bertemu dengan rakan sekelasnya, Yoh Asakura, yang mengajaknya melihat bintang dengan beberapa rakan lain. Manta terkejut apabila melihat yang rakan-rakan itu sebenarnya adalah hantu! Manta mempunyai “sixth sense” di mana dia boleh melihat roh-roh ini lalu terpikat dengan Yoh. Oleh itu, apabila Yoh mengetahui bahawa Manta telah dipukul oleh gengster tempatan, dia memilih untuk membalas dendam dengan bantuan seorang hantu samurai, Amidamaru!”
@gamersantaimy
Discussion about this post